Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEDAH SOKONG WUJUDKAN RCI MEMALI, KATA MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEDAH SOKONG WUJUDKAN RCI MEMALI, KATA MB

KERAJAAN negeri Kedah menyokong sekiranya Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengakibatkan 18 terbunuh, termasuk empat anggota polis, 33 tahun lalu di Kampung Memali, Baling.

Menteri Besar Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, malah kerajaan negeri sudah pasti akan sama-sama membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi berdarah itu berlaku di negeri ini sendiri.

Beliau pada Majlis Pecah Tanah Lot 1105 dan 1106 bagi projek perumahan milik Syarikat SK Grand Development di Mukim Langgar di Alor Setar, hari ini.

Sebelum ini, terdapat gesaan dari keluarga mangsa tragedi itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan dan mahukan RCI Memali ditubuhkan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri katanya menyasarkan untuk menyediakan Projek Perumahan  Rakyat (PPR) di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berjaya meneruskan tampuk pemerintahan.

Setakat ini tujuh kawasan Dun sudah pun mempunyai projek PPR iaitu Kota Setar, Kuala Nerang, Ayer Hitam, Kepala Batas, Bakar Bata, Kuah dan Ayer Hangat di Langkawi.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dg0wWa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.