Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib
KUCHING: Polis sedang menjejak dan memburu dua pemilik akaun Facebook disyaki memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan memuatnaik surat palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis terhadap status Facebook milik dua individu.
Menurutnya, setakat jam 10.00 malam ini, polis telah menerima sebanyak dua laporan masing-masing di Miri dan Kuching.
"Siasatan telah dijalankan, polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai pemilik akuan tersebut," katanya
Beliau berkata, kes itu disiasat sebagai fitnah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FA28Zq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment