Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selangor cacamarba, abai bajet PAS, kata Noh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selangor cacamarba, abai bajet PAS, kata Noh

Noh berkata kerajaan Selangor hanya mementingkan kuasa serta kerakusan politik sehingga sanggup menganaktirikan rakan dalam kerajaan negeri. — Foto oleh Saw Siow FengNoh berkata kerajaan Selangor hanya mementingkan kuasa serta kerakusan politik sehingga sanggup menganaktirikan rakan dalam kerajaan negeri. — Foto oleh Saw Siow FengPUTRAJAYA, 22 Jan — Tindakan kerajaan negeri Selangor menghentikan peruntukan  kewangan untuk wakil-wakil rakyat PAS membuktikan kerajaan pakatan di negeri itu telah menjadi kerajaan cacamarba dan rakus kuasa, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.

“Kalau tak silap yang dulu menyokong pelantikan (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) sebagai menteri Besar juga adalah PAS.

“Pertelingkahan ini menunjukkan bahawa kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang cacamarba, rakan dia pun dah mula komen,” katanya kepada selepas majlis menandatangani  perjanjian pembangunan MyTransit dan majlis perhimpunan kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang dibangkitkan Pre­siden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan rungutan wakil-wakil rakyat PAS negeri itu yang mendakwa peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima mereka pada tahun ini akan dibekukan oleh kerajaan Selangor.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan pembekuan itu juga menunjukkan kerajaan Selangor pimpinan PKR hanya mementingkan kuasa serta kerakusan politik semata-mata sehingga sanggup menganaktirikan rakan mereka dalam kerajaan negeri.

“Untuk mencapai kemuncak kuasa itu, kita lihat kawan pun mereka boleh jadikan lawan dan lawan menjadi kawan. Kalau kerajaan ini diberi sokongan, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.

“Kalau musuh sudah menjadi kawan, mana prinsip perjuangannya? Bagaimana nasib rakyat? Mereka tidak akan memikirkan rakyat.

“Apa yang penting adalah jawatan dan kerakusan politik dan bila mereka berkuasa, mereka tidak akan mengendahkan janji mereka dalam membela rakyat,” katanya. — Bernama 



Sumber Selangor cacamarba, abai bajet PAS, kata Noh

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n2BbFX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.