Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video)''Makanan Kucing Penuh Dengan Lipas, Yang Sakit Dicampur Sekali Dengan Yang Sihat'', Kerana Tamak, Kucing-Kucing Ini Jadi Mangsa Oleh Pelabur Skim Kucing.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video)''Makanan Kucing Penuh Dengan Lipas, Yang Sakit Dicampur Sekali Dengan Yang Sihat'', Kerana Tamak, Kucing-Kucing Ini Jadi Mangsa Oleh Pelabur Skim Kucing..



Sisa perjuangan yang masih ada.

Semalam saya ke sebuah petshop di Shah Alam yang telah viral akibat menipu pelabur skim kucing bodoh diorang sehingga menyebabkan pengabaian sejumlah beribu ekor kucing berbaka mahal dan import. Saya telah diamanahkan oleh saudara Luqmanul Hakim Abd Rahim selaku pengasas group PONZI Alert untuk lead kes ni sehingga budak-budak bulus malang di sana terselamat.


Awal-awal sampai. Okla, ruang pameran yang menempatkan 51 ekor kucing ni dari jauh nampakla bersihnya walaupun berbau. Tapi bila kita tengok dekat-dekat, makanan dah berlipas bagai. Kucing-kucing yang selsema ditempatkan sekali dengan kucing-kucing yang sihat. Belum tengok lagi yang kurus kering, murung dan sebagainya. Ni baru ruang pameran, ruang atas saya tak dibenarkan masuk sebab hanya owner kucing iaitu peserta skim bodoh ni je yang dibenarkan masuk.


Berdasarkan maklumat owner kucing, kat atas tu ada beratus ekor lagi ataupun beribu. Dengan bau yang kurang menyenangkan dan keadaan yang lebih menyedihkan, kucing-kucing ni semua bertuan. Mereka dibeli dari petshop ni, dibayar dengan sekian harga dan dijaga oleh pihak petshop untuk dilacurkan sehingga beranak dan anak-anaknya pula akan dijual untuk mendapatkan keuntungan lalu keuntungan itu akan dibahagi di antara pihak petshop dan owner kucing.

Macam tu la modus operandi skim ni. Tapi sebab skim ni dah tersontot, maka owner menjadi bengang sebab pulangan yang dijanjikan tak serupa bikin. Lalu mereka menuntut wang mereka dikembalikan. Mereka dah taknak kucing-kucing tu sebab semua dah sakit teruk. Maka terkandas la kucing-kucing tu kat sana tanpa penjagaan yang sewajarnya. Nampak tak apa yang akan jd bila sifat tamak menguasai diri?


Saya dah cuba mintak perhatian badan berwajib tapi masing-masing boleh cakap tak ada penganiayaan lah, owner sendiri yang kena report lah bla bla bla. Dah tu camne lagi saya nak guna saluran yang betul untuk selamatkan budak-budak ni? Ratusan ekor bukan jumlah yang sikit.

Wang sumbangan orang ramai yang berjumlah RM1390 pun tak tentu dapat menampung belanja mereka semua sebab semalam saya tengok jugak lori PowerCat datang hantar stok makanan lebih kurang 30 bag. Pekerja petshop tu cakap mereka terpaksa hutang dengan company PowerCat untuk bagi makan budak-budak tu semua. Korang tengok kat paper yang cakap mereka menafikan ada penganiayaan berlaku.


Dah tu kalau bukan aniaya, ni apa? Makanan sampai dihurung lipas. Macam mana budak-budak tu tak sakit. Yang sakit yang sihat semua dalam satu tempat. Bukan aniaya kah? Saya agak kecewa sebenarnya sebab saya mintak bantuan dari NGO dan badan kerajaan yang lain tapi dipandang sepi.


In Shaa Allah, kalau berjaya kes ni saya akan tarik diri dari dunia rescue ni. Dah tak larat nak hadap benda-benda ni semua. Lagipun time saya minta tolong, korang bukan ada nak menolong pun. Balik-balik muka yang sama je yang tolong di mana saya terpaksa tebalkan muka PM untuk minta tolong. Then saya seorang dan dibantu hanya segelintir manusia yang masih ada sifat perikemanusiaan.

Kau ada duit baru mereka pandang. So, daripada saya terus menyusahkan orang baik saya undur diri. Nak taknak saya terpaksa minta tolong ahli politik masuk campur. Lantak lah kalau ada nak cakap aku macai kerajaan ke apa ke, yang penting nasib budak-budak ni terbela.


Dah teruk sangat sifat kasihan dalam diri manusia sekarang ni. Semua hanya nampak materialistik. Tolonglah. Owners kucing ni, lupakanlah kejap kerugiaan korang. Do the right thing. Ambikla balik budak-budak ni. Lepas tu korang samanla owner petshop ni. Biar dia jual semua aset-aset dia hasil dari melacur kucing tanpa kawalan ni.


Takyahla percaya cakap dia konon kalau dah ambik kucing nanti korang takkan dapat pampasan. Dia nak bayar pampasan apa kalau bil letrik kedai diorang pun sampai berpuluh ribu tak bayar-bayar. Tak kesian langsung ke nyawa budak-budak tu?

Korang bukan mangsa, kucing-kucing tu la mangsa sebenarnya. Kalau tak pun, bantu la saya sama untuk rescue budak-budak tu. Berani ke nak jawab nanti atas penganiaayaan terhadap budak-budak ni? Dunia semakin kejam.

VIDEO:




Sumber : Asrol Adizar







✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mdrCmw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.