Maybank Lepasi Untung RM10b
Maybank mencatat rekod dengan keuntungan sebelum cukai melepasi paras RM10 bilion buat kali pertama kepada RM10.10 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, naik 14.2 peratus berbanding RM8.84 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2016.
Bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset itu juga mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 11.5 peratus kepada RM7.52 bilion berbanding RM6.74 bilion sebelumnya. Ia juga merupakan kali pertama keuntungan bersih Maybank melepasi tahap RM7 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, prestasi yang lebih baik itu berasaskan pendapatan yang lebih kukuh daripada semua segmen perniagaan dan operasi luar negara utama, kerugian rosot nilai yang jauh lebih rendah serta pengurusan aset dan liabiliti yang lebih baik.
“Kami gembira dengan rekod yang dicapai walaupun dalam persekitaran operasi luaran yang tidak menentu pada tahun lepas.
“Strategi kami dalam menguruskan risiko dengan baik, mengekalkan portfolio yang pelbagai, meningkatkan kecekapan merentasi rangkaian serta memanfaatkan keupayaan digital telah membantu kami untuk terus mencipta nilai untuk semua pemegang kepentingan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung pengumuman prestasi tahun kewangan 2017 Maybank di sini semalam. Turut hadir, Pengerusinya, Datuk Mohaiyani Shamsudin dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Abdul Farid berkata, pihaknya terus berhati-hati dengan kejutan persekitaran dan mengekalkan pendekatan bijak dalam mencapai pertumbuhan dengan menumpukan kepada keuntungan, pengurusan kos serta kecairan yang berkesan, bukan sekadar mengejar pertumbuhan pinjaman.
Menyatakan bahawa Maybank akan terus berwaspada tetapi optimis dengan prospeknya pada tahun ini, beliau berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan disokong oleh peningkatan segmen korporat dan pinjaman pengguna yang terus stabil.
“Kami menjangkakan pertumbuhan pembiayaan bagi tahun 2018 dalam anggaran lima peratus, sama dengan pencapaian pada tahun lalu,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CT5i7O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment