TCS Arcadia, Bandar Saujana Putra – Apartmen servis selesa buat seisi keluarga
Isnin lepas, Tok ada kongsikan tentang analisa kawasan Puchong kat korang. Ingat lagi tak?
Kalau tak ingat atau terlepas pandang, klik sini untuk baca sekarang.
Buat yang tengah mencari projek serviced apartment dekat sana, Tok ada satu yang menarik untuk dikongsikan kat korang.
Ini adalah projek ke-4 yang dibangunkan oleh TCS Group, selepas projek Saujana Permai, Saujana Prima, dan Saujana Avenue di Bandar Saujana Putra, Puchong.
Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian Tok ni laju-laju.
Senang-senang boleh sampai ke Sunway hingga ke Cyberjaya
Projek yang Tok nak kongsikan ni, diberi nama TCS Arcadia. Dengar nama pun, dah boleh agak projek ni stylo milo.
Dan jangkaan korang memang betul pun. Ini adalah sebuah projek mixed development (pembangunan bercampur), yang dibina atas tanah pajakan (leasehold) seluas 3.3 hektar dekat Bandar Saujana Putra.
Projek ni dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2021 nanti. Oh, sebelum Tok lupa bagitahu, projek ini berstatus komersial.
Pada pandangan personal Tok, senang gila kalau korang tinggal dekat sini. Nak ke kedai, tak perlu jalan jauh. Turun lif je, dah boleh jumpa lot runcit (retail lot) kat bawah apartmen ni.
Nak sampai ke TCS Arcadia pun, mudah. Korang boleh gunakan lebuhraya berikut untuk ke sini :
- ELITE (Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah),
- SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan),
- KESAS (Lebuhraya Shah Alam),
- LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong),
- MEX (Maju Expressway).
Senang-senang je korang boleh sampai ke Sunway, Petaling Jaya, USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan, Sepang, Putrajaya, dan juga Cyberjaya guna 2 lebuhraya tadi tu.
P/S : Berapa laju korang sampai ke destinasi yang Tok sebutkan tadi, bergantung kat keadaan trafik semasa.
460 unit dan 3 jenis rumah untuk anda pilih
TCS Arcadia dibina setinggi 30 tingkat, lengkap dengan 41 unit lot runcit di kedua-dua blok, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 460 unit kediaman untuk korang pilih.
Ruang tempat letak kereta pula dibina setinggi 6 tingkat (ada 920 unit tempat letak kereta), dan tingkat 6 bangunan ini digunakan khas sebagai tempat fasiliti.
Berapa jenis unit yang ditawarkan? Ada 3 jenis yang korang boleh pilih :
- Type A (seluas 976 kaki persegi, 3 bilik dan 2 bilik air)
• Type B (seluas 973 kaki persegi, 3 bilik dan 2 bilik air)
• Type C (seluas 816 kaki persegi, 2 bilik dan 2 bilik air)
Dan setiap unit yang ditawarkan, ada ruang koridor untuk korang dan keluarga melepak, seluas 1.8 meter. Ada 11 unit kediaman di setiap tingkat.
Nak kata low density (kepadatan rendah), tak jugak. Tapi Tok boleh kata, takde la semak sangat sebab unit yang ditawarkan, kurang daripada 500 unit.
Lengkap dengan fasiliti bertaraf 5 bintang
Kalau nak bercerita tentang fasiliti yang ada, korang tak perlu risau.
Dah nama pun serviced apartment, macam-macam kemudahan untuk korang gunakan. Antara yang ada seperti :
- Kolam renang (untuk orang dewasa dan kanak-kanak),
- Jakuzi,
- Spa,
- Gym,
- Sky garden,
- Gelanggang tenis,
- Trek jogging dan basikal,
- Taman permainan kanak-kanak,
- Ruang membaca,
- Ruang barbeku,
- Taman terbuka,
- Tempat berehat, lengkap dengan buaian (hammock),
- Tempat yoga, dan macam-macam lagi.
Kos penyelenggaraan (maintenance fee) yang korang kena tanggung? Sebanyak RM0.28 untuk setiap kaki persegi, termasuk sinking fund.
Tok senangkan kerja korang. Untuk setiap jenis unit, jumlah kos penyelenggaraan bulanan yang korang kena tanggung adalah sebanyak :
- Type A = RM273.28,
- Type B = RM272.44,
- Type C = RM228.48.
Dekat dengan macam-macam kemudahan dan kompleks membeli-belah
Kalau korang nak berjalan ke shopping mall, antara yang terdekat korang boleh pergi seperti Putrajaya IOI City Mall, yang mengambil masa selama 10 minit perjalanan.
Kalau setakat nak shopping barang dapur, paling dekat korang boleh pergi adalah Giant Hypermarket di Putra Heights (GHPH) yang mengambil masa 10 minit perjalanan.
Atau kalau nak pilihan yang lebih banyak, korang boleh ke Putra Heights dan Puchong yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, sekolah, dan jugak kemudahan pengangkutan awam (seperti Stesen LRT Putra Heights, sejauh 6.5KM).
Antara kompleks membeli-belah yang ada dekat kawasan Putra Heights dan Puchong seperti :
- IOI Mall Puchong,
- Tesco Extra Puchong,
- AEON Big Puchong Utama,
- Giant Bandar Puteri Mall,
- Avenue Puchong,
- Kompleks Puchong Perdana,
- Puchong Parade,
- Puchong Plaza, dan lain-lain.
Untuk pusat kesihatan pulak, yang paling dekat korang boleh pergi adalah :
- Columbia Asia Hospital Puchong,
- KPMC Puchong Specialist Center,
- Hospital Serdang.
“Berapa harga seunit TCS Arcadia ni, Tok?”
Harga jualan untuk TCS Arcadia bermula dari RM408,000 hingga RM618,000.
Untuk golongan Bumiputera, korang ada 50% kuota untuk direbut cepat-cepat. Dan korang jugak ada 2 pilihan :
- Pilihan A = Nak dapatkan cash back (pulangan tunai), atau
- Pilihan B = Tak nak dapatkan cash back.
Kalau korang pilih Pilihan A, bermakna korang akan dapat 10% diskaun untuk setiap pembelian unit TCS Arcadia, dengan tambahan 10% lagi untuk cash back.
Tok tunjukkan sekali berapa banyak diskaun yang korang bakal dapat bila beli (untuk pembeli Bumiputera) :
- Kalau korang pilih Pilihan A (untuk dapatkan cash back) :
- RM500,000 (Harga SPA) – Diskaun 10% =
- RM450,000 (Jumlah loan 90%) – 10% cash back (RM45,000) =
- Nett Price = RM405,000
- Kalau korang pilih Pilihan B (Diskaun Bumi, tanpa cash back) :
- RM500,000 (harga rumah) – 10% diskaun =
- Harga SPA = RM450,000 – 10% Rebat Bumiputera (RM45,000) =
- Nett Price = RM405,000 (Jumlah loan 90%)
Berminat dengan TCS Arcadia? Rebut sekarang tawaran terhad ini!
Selain tu, kos guaman dan SPA ditanggung beres oleh pemaju tanpa was-was. Dan kos loan dan guaman jugak akan diserap masuk dalam loan pembeli.
“Booking fee, mahal tak Tok?”
Tak mahal pun, Korang hanya perlu sediakan RM1,000 je untuk bayar booking fee. Best, kan?
Tapi, tawaran terhad. Kalau korang berminat, kena bertindak cepat-cepat.
Dan untuk tunjukkan korang serius, sila isi borang dekat bawah ni laju-laju untuk rebut peluang terbaik ini :
The post TCS Arcadia, Bandar Saujana Putra – Apartmen servis selesa buat seisi keluarga appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oCM69j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment