Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 ‘dosa’ wajib elak sebelum anda apply loan rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 ‘dosa’ wajib elak sebelum anda apply loan rumah

Korang mesti pernah dengar skor kredit kan?

Ini adalah satu sistem yang bank gunakan untuk menilai kredibiliti seseorang, dan tentukan sama ada mereka layak dapatkan pinjaman atau tak.

Potensi permohonan korang lulus adalah berbeza, bergantung kat bank yang korang memohon.

Tapi, apakah sebab biasa yang berikan kesan kat skor ni?

Langkah pertama nak selesaikan masalah, adalah kenal pasti masalah terlebih dulu. Jemput baca perkongsian Tok ini kalau korang serius nak tahu.

Apakah faktor yang tentukan skor kredit anda?

Secara general, institusi kewangan akan menilai perkara ini guna kaedah 3C (Character, Capital, and Capacity).

Character (sikap)

Ini bermaksud, pihak bank akan menilai sikap kita terhadap pinjaman yang kita buat.

Kalau selalu jelaskan bil dengan cepat, kita senang-senang boleh skor A untuk komitmen membayar hutang. Bank hanya akan pinjamkan duit kat orang yang boleh komited membayar balik apa yang dipinjam.

Selain itu, bank juga akan menilai butiran peribadi seperti:

  • tempoh kita duduk kat sesebuah rumah (berdasarkan alamat semasa),
  • dan tempoh pekerjaan semasa kita.

Capital (modal)

Ini pula merujuk kat jumlah aset berharga yang dalam pegangan kita.

Bank akan tengok benda ni sebab ia boleh diguna sebagai cagaran, kalau-kalau kita gagal membayar balik pinjaman.

Antara perkara yang dikira sebagai aset adalah hartanah, sebarang bentuk pelaburan (saham, simpanan emas, untung sewaan hartanah, dan sebagainya), atau duit simpanan dalam bank.

Capacity (kapasiti)

Bahagian ini pula akan berdasarkan maklumat pendapatan yang kita dapat, dan sebagai penanda aras untuk mengkaji keupayaan membayar balik hutang yang kita buat.

Sebab itu, sebelum nak memohon pinjaman kat bank, kita kena pastikan dulu aliran tunai ini cantik. Kalau tak,  memang susah nak lulus loan.

Umumnya, skor ini mengambil kira sejarah pembayaran kredit (45%), jumlah hutang semasa yang masih belum selesai (35%), dan sejarah kredit terdahulu (20%).

Macam mana skor kredit ini boleh terkesan secara negatif?

Ini 5 perkara yang akan beri kesan negatif kat permohonan loan rumah korang :

#1 : Tabiat suka lambatkan bayaran pinjaman yang anda buat

Ini akan berikan kesan yang tak baik kat skor kredit kita. Pihak bank mengambil berat kat sejarah pembayaran balik yang kita buat. Lagi-lagi bila kita selalu lewat buat bayaran.

Bila bank dapat kenal pasti kita ada tabiat buruk ini, potensi kelulusan permohonan kita akan jadi amat rendah. Bank cukup tak suka nak bagi pinjaman kat orang yang tak ada disiplin ini.

Bilangan item yang negatif dalam laporan kredit kita berupaya musnahkan permohonan pinjaman kita. Semakin banyak ia terkumpul, semakin menderita skor kredit kita nanti. Dan rekod kredit yang baru akan berikan kesan lebih buruk, berbanding rekod yang lama.

Jadi, belajar dan berusaha hentikan amalkan tabiat buruk ni. Pastikan kita bayar setiap pinjaman yang dibuat tepat pada masanya. Gunakan kalendar atau aplikasi reminder dalam smartphone supaya kita tak terlupa.

Walaupun laporan kredit tak akan terkesan secara mendadak dalam masa yang singkat, tindakan ini akan berikan impak positif untuk tempoh masa panjang kat laporan kredit kita. Dan bank pula akan jadi senang hati nak luluskan pinjaman yang kita pohon.

Trivia : Sejak wujudnya AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) pada tahun 2006, mereka dah membantu 248,491 rakyat Malaysia (sehingga Disember 2013) melalui program kaunseling khas.
Lebih 40% daripada jumlah ini mendaftar Program Pengurusan Hutang (Debt Management Program) untuk selesaikan pinjaman yang mereka buat.

#2 : Tak mampu nak bayar balik pinjaman

Hampir 25,000 rakyat Malaysia yang berumur bawah 35 tahun diisytihar bankrap dalam tempoh 5 tahun lepas. Dan jumlah ini bukan satu jumlah yang kecil-kecil anak.

Trend ini meningkat sebab ramai yang tak mampu bayar balik pinjaman kereta, rumah, pinjaman peribadi, serta ada juga kes menjadi penjamin untuk peminjam lain yang bermasalah.

Elakkan perkara ini jika kita tengah struggle membayar balik pinjaman dengan kadar yang minimum. Hubungi pemberi pinjaman kita untuk mengubah jadual bayaran balik yang patut kita buat.

Kalau ada lebih daripada 1 kad kredit, kenal pasti dulu jumlah hutang dan kadar faedah yang kita kena bayar untuk setiap kad, dan berusaha untuk selesaikan hutang yang ada kadar faedah yang tertinggi.

Dah selesai buat ini, baru beralih untuk selesaikan kad lain dengan caj faedah yang tertinggi. Ulang balik langkah ini sampai segala hutang kita selesai.

#3 : Pemohonan pinjaman pernah ditolak

Mungkin ada yang fikir, kita boleh buat pinjaman lain untuk selesaikan pinjaman sedia ada. Ini adalah tindakan yang akan burukkan rekod kredit kita tanpa belas kasihan.

Kalau pemohonan pinjaman kita pernah ditolak, ia akan bersemadi dalam laporan kredit kita. Dah tentu ini akan buatkan usaha membuat pinjaman bertambah sukar pada masa depan.

Jadi, pastikan kita benar-benar layak dulu sebelum bertindak buat pemohonan pinjaman yang lain. Kalau tak, parah jadinya.

#4 : Langsung tak pernah buat sebarang pinjaman

Ramai yang tak tahu pasal ini. Perkara ini (tak pernah mengambil sebarang pinjaman) hampir sama kesannya dengan rekod kredit yang buruk, dan ia tak berikan sebarang kesan baik kat skor kredit kita.

Bank nak tengok sama ada kita komited membayar balik pinjaman yang dibuat. Mereka juga nak kenal pasti, sama ada kita mampu kekalkan disipin membayar balik setiap pinjaman tepat pada masanya.

Kalau tak ada langsung sejarah buat pinjaman, ia akan dilihat sebagai sifat negatif oleh agensi pendaftaran kredit.

Mereka tak kisah hebat mana kita uruskan duit. Selagi tak ada rekod tentang perkara ni, selagi itu skor kredit kita akan terkesan secara tak baik.

Korang boleh mula dengan memohon kad kredit sebagai permulaan. Tapi, elakkan guna kad kredit ini secara berlebihan ya. Belajar kawal dan jinakkan nafsu berbelanja tu.

#5 : Anda kurang pelbagaikan kredit

Kita boleh dapatkan skor kredit yang baik bila ada pelbagai jenis akaun dalam laporan kredit.

Ini termasuk perkara seperti:

  • gadai janji (mortgage),
  • pinjaman kereta,
  • pinjaman peribadi,
  • dan juga kad kredit.

Kalau kita ada satu jenis hutang saja, ini akan berikan kesan tak baik kat mata skor kredit dalam laporan kita. Bank suka tengok kita pelbagaikan pinjaman, dan mereka akan rujuk kat rekod ini.

Skor kredit penting untuk kita uruskan sebaik mungkin. Sebab ia berfungsi sebagai penanda aras untuk pihak bank luluskan sebarang pinjaman yang kita nak buat.

Kalau kat sini dah kantoi, harapan nak dapatkan pinjaman untuk apa saja akan terbantut. Tapi, tak usah risau. Korang masih berpeluang nak selesaikan masalah ini.

Selagi kita masih bernafas, selagi itu peluang masih ada. In Shaa Allah, korang boleh. Tok tak pernah tak yakin dengan korang.

The post 5 ‘dosa’ wajib elak sebelum anda apply loan rumah appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/1VTA3Rb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.