Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengantin 'Sewa' Duit Mas Kahwin, Emas Dan Kereta Mercedes Demi Jaga Maruah Keluarga.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengantin 'Sewa' Duit Mas Kahwin, Emas Dan Kereta Mercedes Demi Jaga Maruah Keluarga..



SYARIKAT pengurusan acara yang berpangkalan di Chiang Mai, Romantiese, telah menjadi tajuk berita di Thailand untuk perkhidmatan terbaru mereka yang luar biasa.

Syarikat ini menawarkan perkhidmatan sewa mas kahwin untuk pasangan yang tidak mampu tetapi mahu menghormati dan menjaga maruah serta air muka ibu bapa mereka pada hari perkahwinan.

Dikenali sebagai 'sin sod', sistem mas kahwin masih diamalkan dalam budaya Thai sebagai tanda menghormati ibu bapa pengantin perempuan yang telah membesarkan anak mereka dengan baik dan membuktikan bahawa pasangannya mampu memulakan sebuah kehidupan berkeluarga.


Malangnya, tidak semua orang mampu untuk mempamerkan wang tunai dan emas ketika majlis perkahwinan mereka.

Coconuts Bangkok melaporkan Romantiese menawarkan kadar sewa wang tunai bernilai sehingga THB10 juta (RM1.2 juta) dan emas yang beratnya sehingga 100 baht kepada pasangan yang mampu membayarnya.

Contohnya, untuk mendapatkan wang tunai berjumlah THB500,000 (RM620,000) dan kereta Mercedes dipamerkan di perkahwinan mereka, pasangan perlu membayar THB35,000 (RM4,350).


Satu lagi pakej yang disenaraikan oleh syarikat itu membolehkan pasangan menyewa mas kahwin bernilai THB1 juta (RM125,000) serta Mercedes dengan hanya membayar THB49,999 (RM6,200).

Pemilik Romantiese, Tawan Supanontakorn, 31, dan istrinya Kangkai, 28, memberitahu laman web Thai Sanook bahawa perkhidmatan baharu itu adalah ilham dari pengalaman perkahwinan mereka sendiri.


"Kami telah berkahwin lima tahun lalu dan kami mengimpikan untuk mempamerkan emas dan wang tunai untuk menghormati keluarga, tetapi tidak mampu.

"Jadi kami berharap perniagaan ini akan membantu semua pengantin mengukir memori indah pada hari perkahwinan mereka.

"Perkhidmatan kami hanya membantu menjadikan hari istimewa mereka nampak sempurna," katanya.


Dalam tempoh tiga bulan sejak Romantiese mula menawarkan perkhidmatan ini, mereka telah menyewa mas kahwin kepada lebih 10 pasangan, dengan jumlah tertinggi tunai yang disewa sebanyak THB1 juta(RM1.2 juta).

Sesetengah laporan berita menyamakan perkhidmatan mas kahwin ini dengan pinjaman bank dan memanggilnya 'sewa wang', tetapi Tawan Supanontakorn mendakwa ia tidak benar.

Sebaliknya, dia mendakwa perkhidmatannya tidak berbeza jika dibandingkan dengan perkhidmatan sewa hiasan perkahwinan lain dan menambah pasangan mesti terlebih dahulu menandatangani kontrak bahawa mereka bersetuju menggunakan wang tunai, emas dan kereta yang disewa hanya sebagai hiasan.

Pemilik Romantiese juga berkata kontrak itu menyatakan dengan jelas bahawa tidak seorang pun, bahkan pengantin dapat menyentuh barang-barang yang disewa pada bila-bila masa ketika perkahwinan.

Ia hanya bertujuan membuatkan tetamu perkahwinan kagum dan hanya boleh dikendalikan oleh kakitangan Romantiese.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ISOnWz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.