Ibu Zahirah Macwilson selamat nikah
IBU kepada pelakon jelita yang hangat diperkatakan, Zahirah Macwilson, telah selamat bernikah pada tanggal 24 Mac lalu.
Maslinda Yusof, 44, bertemu jodoh dengan duda anak tiga, Hairul Azni Bendiamin, 48, seorang warganegara Singapura.
“Alhamdulillah segala berjalan lancar. Majlis pernikahan serba sederhana ini dilangsungkan di Masjid Hepburn, Perth, Australia.
“Suami berkerja sebagai technician engineer di syarikat penerbangan SIA. InsyaALLAH selepas ini suami akan turut menetap di Perth,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan Zahirah terhadap perkahwinan ini, Maslinda memberitahu bahawa anaknya itu gembira kerana ibunya sudah mempunyai teman.
Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan Zainol Macwilson dan akhirnya bercerai pada 9 November 2015.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Zainol juga sudah bernikah pada Jun 2016 secara rahsia di Kangar, Perlis.
The post Ibu Zahirah Macwilson selamat nikah appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IZhRSK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment