Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cubaan Lari Daripada Makhluk Misteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cubaan Lari Daripada Makhluk Misteri


Filem terbaru, A Quiet Place menyajikan perbezaan dari sudut jalan cerita. Sesuai dengan judulnya, A Quiet Place sememangnya ‘sepi’ kerana wataknya tidak boleh menghasilkan apa-apa bunyi untuk menyelamatkan nyawa mereka. 

Dibintangi pengarahnya sendiri iaitu John Krasinski, filem ini menyajikan kisah mengenai keluarga yang dalam perjalanan menyelamatkan nyawa mereka daripada dibaham makhluk misteri. 

Menariknya, skrip hasil karya John bersama Bryan Woods dan Scott Beck ini mengetengahkan mengenai makhluk itu sebagai buta, tetapi mempunyai deria pendengaran yang tajam untuk mencari mangsa.

Secara ringkas, A Quiet Place mengisahkan mengenai keluarga Lee Abbott lakonan John bersama isterinya, Evelyn Abbot (Emily Blunt) dan dua anak mereka, Regan (Millicent Simmonds) serta Marcus Abbott (Noah Jupe).

Mereka sekeluarga yang menetap di New York melarikan diri daripada serangan makhluk aneh itu dan terpaksa bergantung kepada bahasa isyarat. Mujurlah mereka ada pengetahuan menggunakan bahasa isyarat memandangkan anak perempuan mereka cacat pendengaran.

Banyak babak mendebarkan dipaparkan dalam filem ini antaranya ketika Evelyn bertarung nyawa untuk bersalin di dalam tab mandi. Dalam pada menahan kesakitan untuk bersalin, dia juga terpaksa melawan rasa sakit itu tanpa mengeluarkan suara. Ketika itu jugalah Lee sedaya-upaya menjaga anak dan pada masa sama menyelamatkan nyawa isterinya yang dikepung makhluk terbabit.

John dalam satu temu bual berkata, ia adalah cabaran buatnya dan pelakon lain untuk melakonkan babak berdasarkan ekspresi tanpa sebarang dialog. “Selesai semua kerja, saya sentiasa akan berfikir sama ada dialog yang diucapkan dalam sesuatu karya itu mencukupi atau tidak.

“Apa yang pasti, apabila orang mula menonton lakonan Emily, penonton juga akan tertarik untuk melihat kemampuan lakonan dua pelakon kanak-kanak itu. Mereka bijak mempertaruhkan emosi walaupun tanpa kata-kata. Dari situ, wujud sesuatu yang istimewa antara saya dan mereka yang lain,” katanya.

Sebagai suami isteri, ia memudahkan mereka John dan Emily bekerjasama dalam filem ini. Di Malaysia, A Quiet Place mula ditayangkan semalam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IDwdIh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.