Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Sampainya Hati Kau Racun Kucing Aku Sampai Mati." Kejam! 17 Ekor Kucing Peliharaan Babah Mati Akibat Diracun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Sampainya Hati Kau Racun Kucing Aku Sampai Mati." Kejam! 17 Ekor Kucing Peliharaan Babah Mati Akibat Diracun..



KUANTAN: Kejam, tidak berhati perut selepas melihat 17 kucing peliharaannya mati dipercayai diracun.


"Memang kejam individu yang sanggup lakukan perkara sebegini kepada kucing yang saya.

"Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan semoga perbuatan mereka ini mendapat pembalasan sewajarnya," itulah luahan Muhammad Nor Fiqry Zahari yang sedih selepas melihat kucing mati akibat diracun di rumahya di Lorong Seri Kuantan, di sini.

KEPALA ayam yang disyaki diletakka racun sehingga membunuh 17 kucing milik Muhammad Nor Fiqry Zahari ketika ditemui di Lorong Seri Mahkota. - Foto Shahrinnahar Latib


Muhammad Nor Fiqry, 38 tahun atau lebih dikenali sebagai Babah Conan berkata, Selasa lalu, dia tiada di rumah dan semua pintu serta pagar berkunci, manakala kira-kira 60 kucing yang dipeliharanya berada di dalam rumah.


"Namun, sebaik sahaja saya pulang ke rumah, saya lihat dalam sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu dan apabila saya mendekatinya mendapati ada kepala ayam.

"Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.

KUCING milik Muhammad Nor Fiqry Zahari mati dipercayai selepas memakan kepala ayam yang diletakkan racun. - Foto Shahrinnahar Latib


"Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mati," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Seri Kuantan di sini, hari ini.

Muhammad Nor kemudiannya membuang kepala ayam berkenaan sebelum memberi kucingnya minum air kelapa dan membasuh mulut haiwan berkenaan.

KUCING milik Muhammad Nor Fiqry Zahari mati dipercayai selepas memakan kepala ayam yang diletakkan racun. - Foto Shahrinnahar Latib

"Selepas itu, beberapa kucing mula nampak seperti keletihan dan tidak bermaya serta tidak mahu makan, saya tidak syak apa-apa lagi. Kucing saya mula mati bermula dengan lima ekor sejak semalam, sebelum beberapa ekor lagi mati sehingga ke hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya 17 ekor," katanya.


Muhammad Nor Fiqry berkata, dia tidak tahu bagaimana kepala ayam berkenaan ada di kawasan ruang tamu rumahnya walaupun pagar dan pintu dikunci dengan rapi.

Katanya, sehingga kini masih terdapat kucing yang tidak bermaya dan dia terpaksa melepaskan kesemua kucingnya ke luar rumah bagi membolehkan mereka mengambil 'angin' untuk tujuan pemulihan.

KUCING milik Muhammad Nor Fiqry Zahari mati dipercayai selepas memakan kepala ayam yang diletakkan racun. - Foto Shahrinnahar Latib

"Ini adalah kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak saya membela kucing jalanan bermula 2016, sebelum ini mati pun disebabkan penyakit sahaja," katanya sudah membela lebih 150 ekor kucing.

Katanya, kejadian itu mengakibatkannya hampir berputus asa untuk memberi perlindungan kepada kucing jalanan malah sebelum ini dia juga pernah merancang untuk membuat taman kucing.

"Saya memang sudah lama rancang untuk mewujudkan sebuah taman yang membolehkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak dapat bermain dengan kucing, namun disebabkan kejadian ini saya berasa ralat sikit.

"Buat masa ini saya hanya mahu merawat kucing yang masih sakit dan tidak akan mengambil kucing yang baharu sama ada dikutip atau diberikan oleh orang ramai," katanya.


FIQRY Zahari melihat kucingnya yang masih lemah selepas diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. - Foto Shahrinnahar Latib

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GHV8On

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.