#Manifesto BN: Anak Penerima BR1M Daftar IPT Diberi RM1,500
KUALA LUMPUR: Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada anak-anak penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.
Ini antara janji yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) dilancarkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.
Dalam dokumen bertemakan ?Bersama BN Hebatkan Negaraku' itu, BN juga berjanji akan memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan.
"Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan BR1M walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin," kata manifesto itu yang dikeluarkan ketika BN bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Berikut ialah janji lain berkaitan BR1M yang ditawarkan BN melalui manifesto berkenaan:
Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia - B40 Window- yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.
Meneruskan kejayaan BR1M lebih efisien dan lebih berkesan.
Menambah baik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.-BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qeOBQ1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment