Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Usah Bermimpi Untuk Kuasai Malaysia Selagi Amalan Ultra Kiasu Kekal Diamalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Usah Bermimpi Untuk Kuasai Malaysia Selagi Amalan Ultra Kiasu Kekal Diamalkan




Antara impian utama DAP sepanjang terbentuknya parti ini adalah untuk menguasai negara dan menukar sistem pentadbiran negara berasaskan Republik sepenuhnya. Semuanya boleh kita lihat sendiri di dalam prinsip Malaysia Malaysian yang diperjuangkan parti ini sejak sekian lama.

Justeru, antara langkah utama yang perlu diambil oleh DAP adalah cuba memusnahkan MCA dan Gerakan yang turut sama menjadi wakil kaum Cina di dalam kerajaan. Pelbagai usaha digerakkan DAP untuk memastikan kaum Cina menolak sepenuhnya MCA dan Gerakan termasuk menghasut kaum Melayu menolak semua calon MCA dan gerakan kononnya kedua parti ini adalah ejen DAP.

Malah, DAP turut mempunyai perancangan mereka sendiri untuk menjahanamkan kewujudan MCA yang semua pihak akui, parti berkenaan adalah parti komponen utama Barisan Nasional. DAP benar-benar mahu seluruh kaum Cina di negara ini menyokong perjuangan mereka bagi merubah landskap pentadbiran negara kearah sebuah negara Republik seandainya mereka membentuk kerajaan kelak.

Namun, satu perkara yang menjadi halangan utama buat DAP untuk menjahanamkan MCA adalah, parti komponen berkenaan sentiasa akur kepada konsesus dalaman BN yang memastikan kesaling hubungan antara kesemua parti yang ada di dalam BN.

Sikap toleransi dan saling hormat menghormati adalah suatu perkara yang tiada di dalam DAP. Bagi DAP, mereka hanya mahukan kuasa mutlak dengan mempergunakan semua parti yang membentuk pakatan dengannya bagi membolehkan mereka mencapai impian mereka.

Malah, keinginan kuat DAP yang berteraskan ultra kiasu ini jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera yang menguasai 68 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini. Bagaimana DAP mahu merubah landskap politik dan pentadbiran negara jika amalan jahat seumpama ini kekal mereka agungkan?

Perlu diingatkan, tidak kira UMNO, MCA, MIC mahupun lain-lain parti yang membentuk BN sejak sekian lama menyetujui satu perkara. Perkara berkenaan adalah saling hormat menghormati antara kaum dan perkara inilah yang tiada di dalam teras utama DAP.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EiYcuc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.