Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Tak Dapat Nak ‘Move On’, Lelaki Ini Tergamak Bakar Kereta Bekas Kekasih Dan Mati Bersama-Bersama.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Tak Dapat Nak ‘Move On’, Lelaki Ini Tergamak Bakar Kereta Bekas Kekasih Dan Mati Bersama-Bersama..



Cinta sehidup dan semati, mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh seorang lelaki terhadap bekas kekasihnya. Namun bertukar tragedi apabila si lelaki menggunakan cara yang paling ngeri untuk menamatkan semuanya.


Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku semalam di Anhui City di China, seorang lelaki bertindak nekad apabila bertindak melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita hingga menyebabkan kereta wanita tersebut berhenti.


Selepas perlanggaran tersebut, wanita sempat keluar daripada keretanya namun tidak lama kemudian ditarik masuk kembali oleh pemandu lelaki yang melanggar kereta tersebut. Lelaki itu kemudian bertindak melompat ke atas kereta wanita tersebut dan mencurahkan gasolin sebelum membakar kereta itu, bersama dirinya dan wanita di dalam kenderaan terbabit.

Kedua-dua mangsa, lelaki dan wanita itu terbunuh dalam kejadian yang dirakam oleh saksi melalui telefon bimbit. Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat kereta jenis Land Rover berwarna merah milik wanita itu dijilat api sambil perlahan-perlahan bergerak menuruni bukit.


Tidak lama selepas kejadian tersebut tular, seorang pengguna media sosial mendedahkan identiti kedua-kedua mangsa sebagai saling mengenali dan pernah bercinta sebelum putus. Menurutnya lagi, lelaki tersebut banyak menghabiskan masa merayu kepada wanita tersebutuntuk menerimanya kembali, namun akhirnya ternyata lelaki itu berpendapat jika dia tidak mampu memiliki wanita itu, tiada sesiapa pun yang berhak memilikinya.



Sumber : Shanghaiist


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uMxtGN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.