Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liverpool boleh atasi Manchester City - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liverpool boleh atasi Manchester City

TIADA cara lain selain serang dan terus menyerang.

Itulah yang menjadi pegangan pengurus Liverpool dan Manchester City dan pertemuan dua pasukan menyerang terbaik dari Liga Perdana Inggeris ataupun Premier League (PL) di peringkat Eropah ini menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak.

Dua pasukan ini berjaya menjaringkan 163 gol antara mereka dan Liverpool adalah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan City dalam PL.

Matlamat utama pengurus City, Pep Guardiola sudah pasti mahu mara ke separuh akhir dan muncul juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL), untuk the Citizens merangkul gelaran pertama kejuaraan Eropah paling prestij di peringkat kelab.

Semua pengulas dan penganalisis bola sepak berkongsi pendapat yang sama, Guardiola dan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak akan mengubah taktikal mereka dan sanggup kalah untuk mempertahankan idea masing-masing.

Dalam pertembungan dua pasukan itu di PL, City membelasah Liverpool 5-0 di Stadium Etihad manakala the Reds berjaya menebus kekalahan itu untuk menjadi pasukan pertama di PL menewaskan City, dengan kemenangan 4-3 di Anfield.

Kelonggaran di bahagian pertahanan Liverpool sudah diketahui sejak musim lepas lagi, sementara City mempunyai keseimbangan yang lebih baik dan ia terbukti dalam saingan PL, dimana anak buah Guardiola berjaya mengumpul 84 mata untuk berada di takhta liga.

Berbanding Liverpool yang menduduki tangga ketiga dengan 66 mata, skuad bimbingan Klopp sangat bergantung kepada trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino untuk menjaringkan gol.

Trio tersebut sudah menghasilkan 75 gol dalam 119 perlawanan dalam kesemua kejohanan, dengan Salah menjaringkan 37 daripadanya.

Trio serangan Liverpool, Salah, Mane & Firmino menghasilkan 75 gol untuk Liverpool. - Foto REUTERS.

City mempunyai lebih pilihan di bahagian serangan dengan kuartet Leroy Sane, Raheem Sterling, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus sudahpun menjaringkan 76 gol dalam 149 perlawanan.

City dijangka cuba untuk memegang bola dengan lebih lama untuk memerangkap Liverpool yang diramal akan terus menekan pihak lawan dengan 'pressing game' mereka.

Skuad Manchester City lebih seimbang berbanding Liverpool yang sering bolos dalam perlawanan-perlawanan penting. - Foto REUTERS.

Dalam pertemuan terakhir dua pasukan ini di Anfield, trio serangan the Reds banyak melakukan tekanan terhadap pertahanan City sehingga memaksa pihak lawan membuat kesilapan, sekaligus dapat menjaringkan tiga gol dalam tempoh sembilan minit dalam babak kedua.

Walaupun berjaya mendahului 4-1 pada minit ke-68, City berjaya merapatkan kedudukan sebelum tumpas 4-3.

Situasi seperti ini membuktikan bahawa disebalik membayar harga yang mahal untuk membawa pertahanan Southampton, Virgil Van Dijk ke Anfield, bahagian tengah Liverpool perlu diperkuatkan lagi untuk memberi sedikit perlindungan kepada pemain pertahanan the Reds.

Pengalaman dan semangat Liverpool yang pernah muncul juara sebanyak lima kali dalam kejohanan Eropah ini, dijangka menjadi suntikan kepada pemain dan juga penyokong untuk mengharungi pertembungan ini.

Pertembungan 180 minit bakal menguji mental dan fizikal pemain kedua-dua pasukan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. 

Suku akhir pertama Liverpool menentang City di Anfield akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport 3 saluran 816/834 HD bermula jam 2:35 pagi Khamis.

Turut berlangsung pada waktu yang sama, Barcelona menentang AS Roma di Nou Camp, di Astro Supersport saluran  810 / 831 HD.

Sorotan perlawanan Liverpool menentang Manchester City pada 15 Januari lepas dapat disaksikan di saluran Youtube Stadium Astro.



Sumber Liverpool boleh atasi Manchester City

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GWCHoh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.