Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Memperkenalkan Siri Komputer Komersial Terbaru Mereka – Dikuasakan Oleh Pemproses Intel Coffee Lake - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Memperkenalkan Siri Komputer Komersial Terbaru Mereka – Dikuasakan Oleh Pemproses Intel Coffee Lake

Dengan pelancaran CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake untuk komputer dan juga laptop, pelbagai jenama pembuat komputer juga dilihat memperkenalkan peranti-peranti baru untuk pengguna di pejabat dan juga di rumah.

Baru-baru ini, Dell telah memperkenalkan beberapa siri komputer baru berdasarkan CPU Intel Coffee Lake yang terbaru, dan ini termasuklah komputer-komputer siri Dell Optiplex, laptop Dell Latitude dan juga laptop workstation Dell Precision.

Bermula dengan siri komputer Dell Optiplex, siri ini hadir dengan beberapa model komputer yang berbeza, termasuklah Optiplex AIO, Optiplex Tower, Small Form Factor dan Micro untuk kegunaan-kegunaan berlainan.

Optiplex AIO ini hadir melalui model-model Optiplex 7760 dan Optiplex 7460 yang dikuasakan oleh CPU Intel Coffee Lake, memori DDR4 sebesar 32GB dan juga storan Intel Optane. Optiplex 7760 hadir dengan paparan bersaiz 27 inci dengan resolusi 4K, manakala Optiplex 7460 pula mempunyai paparan 23 inci dengan resolusi Full HD.

Dell Optiplex XE3 pula hadir didalam rekabentuk Small Form Factor dan Micro dan hadir dengan rekaan yang menepati piawaian industri komersial, dan boleh digunakan walaupun didalam suhu 0 sehingga 45 darjah Celcius. Komputer-komputer ini hadir dengan pilihan untuk storan cakera keras dan SSD, dan juga kad grafik daripada AMD dan NVIDIA yang boleh digunakan untuk memaparkan maklumat melalui tiga paparan yang berbeza.

Dell Latitude merupakan siri laptop yang cukup popular di kalangan para pekerja pejabat kerana ia hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa dan juga rekaan yang lasak. Dua laptop yang diumumkan oleh Dell termasuklah Dell Latitude 5491 dan juga Dell Latitude 5591 yang hadir dengan saiz rekaan 30 peratus lebih kecil daripada model-model sebelum ini.

Laptop-laptop tersebut hadir dengan CPU Intel Core i7 dan i5 generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 32GB, kad grafik dari NVIDIA dan juga pilihan storan cakera keras ataupun SSD PCIe.

Akhir sekali, Dell juga memperkenalkan laptop siri workstation Dell Precision, yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan, termasuklah Intel Core dan Intel Xeon, memori pantas 3200MHz, storan SSD PCIe dan juga kad grafik kelas workstation dari AMD dan NVIDIA, iaitu siri AMD Radeon Pro WX dan juga NVIDIA Quadro yang dibina khusus untuk tujuan pengolahan grafik dan pengiraan matematik yang kompleks.

Menurut Dell, siri komputer dan laptop ini semuanya akan hadir di pasaran dunia pada penghujung bulan Mei kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HvV4xA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.