Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelik, anak selalu pakai seluar dalam berlapis kesekolah,rupa-rupanya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelik, anak selalu pakai seluar dalam berlapis kesekolah,rupa-rupanya…

Pelik, anak selalu pakai seluar dalam berlapis kesekolah,rupa-rupanya…|Tanda  tanya wanita apabila mendapati anak perempuannya sering memakai beberapa lapis seluar dalam terjawab selepas anaknya mendakwa sering dicabul guru kelasnya sejak tahun lalu.

Mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan sering memakai lebih dari sehelai seluar dalam setiap kali ke sekolahnya di Batu Niah mengakibatkan ibu mangsa berusia 26 tahun itu curiga sebelum mangsa mendedahkan perkara itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri pada 3.30 petang kelmarin.

Menurutnya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa.

“Mangsa mendakwa sering dicabul di belakang meja guru kelas dan kejadian itu sudah berlarutan ketika mangsa berusia tujuh tahun,” katanya.

Katanya, suspek kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Pusat Miri sebelum suspek ditahan untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

The post Pelik, anak selalu pakai seluar dalam berlapis kesekolah,rupa-rupanya… appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KfvpuP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.