Transplan zakar, skrotum pertama di dunia
MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Sepasukan doktor di Amerika Syarikat berjaya melakukan pemindahan zakar dan skrotum pertama di dunia.
Pasukan terdiri daripada 11 pakar bedah di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland membuat prosedur transplan itu pada seorang tentera yang cedera akibat letupan bom di Afghanistan yang mengambil masa lebih 14 jam pada 26 Mac lalu.
Mereka menggunakan zakar, skrotum dan dinding separa perut daripada penderma yang meninggal dunia.
Menurut pakar terbabit, testikel penderma terbabit bagaimanapun tidak dipindahkan kerana pertimbangan etika.
"Beberapa kecederaan perang adalah tersembunyi dan ia memberi kesan kepada identiti, tahap keyakinan diri malah hubungan seksual individu terbabit," kata Ketua Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Universiti Johns Hopkins, Dr WP Andrew Lee.
Sementara itu, tentera yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia berasa 'normal' kembali dan semakin baik. - BBC
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FdAQXc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment