Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digilir 4 lelaki di atas kubur sampai subuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digilir 4 lelaki di atas kubur sampai subuh

Digilir 4 lelaki di atas kubur sampai subuh|Gara-gara terlalu percayakan pemuda yang baharu dikenali, seorang gadis berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki dalam kejadian di tanah perkuburan Jl Pegirian, Semampir, di Surabaya, Indonesia.

Memetik Tribunnews, kejadian berlaku pada 11 April lalu ketika gadis bawah umur yang berasal dari Madiun itu datang ke Surabaya untuk mencari kerja dan berkenalan dengan salah seorang daripada suspek menerusi Facebook.

Menurut pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya, AKBP Antonius Agus Rahmanto, suspek yang berusia 19 tahun kemudian mengajak gadis itu ke kawasan perkuburan tersebut, pada malam kejadian.

Katanya, sebaik sahaja mereka tiba di kawasan perkuburan tersebut, tiga lagi suspek yang masing-masing berumur antara 16, 19 dan 26 tahun kemudian datang dan duduk lepak bersama-sama.

“Suspek berusia 26 tahun mengarahkan dua lagi rakannya untuk membeli minuman keras, berkarbonat dan rokok.

“Sebagai alas duduk, suspek mengambil tikar yang digunakan untuk menutup mayat di keranda jenazah. Mereka berpesta minuman keras hingga mabuk,” kata Agus seperti dilapor Tribunnews, pada Isnin.

Beliau menambah kesemua suspek kemudian menggunakan kesempatan untuk merogol mangsa secara bergilir-gilir selepas gadis itu berada dalam keadaan mabuk.

“Puas menyetubuhi mangsa hingga subuh, suspek melarikan diri begitu saja. Mereka meninggalkan mangsa dalam keadaan telanjang di tanah kubur tersebut,” katanya.

Bertindak atas laporan, Agus berkata pihaknya kini telah berjaya menahan dua suspek berusia 26 tahun dan 19 tahun, sementara dua lagi suspek masih giat diburu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika disoal siasat, suspek suspek berusia 26 tahun mengaku pergi ke tanah perkuburan tersebut selepas diajak oleh suspek lain, dan mendakwa hanya menyetubuhi mangsa sekali sahaja sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Saya hanya melakukannya sekali saja, melakukan secara bergilir, setelah itu saya pergi dari tanah kubur tersebut,” akui bapa kepada seorang anak itu.

The post Digilir 4 lelaki di atas kubur sampai subuh appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fj4DOe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.