Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala Dunia: Neymar senarai dua nama harus diberi perhatian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala Dunia: Neymar senarai dua nama harus diberi perhatian

NEYMAR menyenaraikan dua rakan sepasukan Brazil dalam kalangan beberapa pemain Liga Perdana Inggeris sebagai pemain yang boleh mencuri perhatiannya dalam Piala Dunia yang akan datang.

Penyerang Paris-Saint Germain itu kini berada di tanah airnya untuk proses pemulihan selepas membuat pembedahan kaki.

Sementara pengurus kelab, Unai Emery, belum pasti bila pemain berusia 26 tahun itu akan kembali, dengan Neymar yakin akan cergas tepat waktunya sebelum perlawanan pembukaan Selecao menentang Switzerland pada 17 Jun.

Berdasarkan responsnya terhadap soalan diajukan, dia dengan jelas menyatakan Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus akan menyinar di Russia nanti, selain daripada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

"Terdapat ramai pemain berkualiti. Kita bercakap tentang Piala Dunia, hanya yang terbaik di dunia," kata Neymar seperti dipetik dalam laporan Globo Esporte.

"Tetapi Coutinho dan Jesus adalah dua pemain yang boleh buat perbezaan, saya harap mereka melakukannya.

"Mohamed Salah tidak bermain untuk aksi besar pasukan kebangsaan, tetapi dia boleh memiliki Piala Dunia yang baik. Ada juga pemain yang sangat berbakat: Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Luis Suarez.

"Saya harap kita semua boleh melakukan dengan baik dan mempunyai Piala Dunia yang hebat, tetapi saya berharap mereka tidak melakukannya menentang Brazil.

"Saya gembira menjadi sebahagian daripada Brazil, bagi saya ia adalah pasukan terkuat sekarang. Kami mempunyai pemain yang berkualiti untuk menang dan kami akan cuba melakukannya."

Lawan Brazil dalam Kumpulan E adalah Costa Rica, Serbia dan Switzerland.



Sumber Piala Dunia: Neymar senarai dua nama harus diberi perhatian

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jcl4OJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.