Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebab Wanita Memilih Suami Yang Lebih Muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebab Wanita Memilih Suami Yang Lebih Muda

Ramai mengatakan wanita dengan pasangan yang lebih tua adalah lebih sesuai. Sekurang-kurangnya satu tahun lebih tua untuk menjadi pemimpin rumah tangga. Tetapi, peraturan itu seolah-olah ketinggalan pada zaman moden kini.

Umur tidak lagi menjamin kematangan seseorang. Wanita tidak perlu lelaki yang lebih tua usianya. Itulah sebabnya semakin ramai wanita memilih pasangan yang lebih muda. Hubungan yang dibina adalah normal dan sihat. Tidak seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

Apakah sebabnya wanita memilih pasangan yang lebih muda? Berikut adalah beberapa sebab, dipetik dari Boldsky.

Kekurangan pilihan dari usia yang sama atau lebih tua

Ini sebab mengapa wanita tua mencari lelaki yang lebih muda. Kekurangan pilihan dengan usia mereka, menjadikan wanita mencari lelaki di bawah umur mereka dan hubungan dibina adalah juga baik.

Suka menjadi dominan

Sesetengah wanita memilih untuk mengambil tanggungjawab dengan lelaki yang lebih muda. Seorang wanita yang lebih tua akan mempunyai banyak pengalaman mengenai hubungan yang membuatnya lebih mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Mahu ‘merasakan’ semangat muda suami

Wanita akan rasa lebih muda apabila berhubungan dengan lelaki yang berumur di bawah umurnya. Mereka merasakan versi muda mereka kembali hidup semula. Kehadiran lelaki muda dalam hidupnya membuat kehidupan wanita dikemas kini dengan trend terkini dalam kehidupan.

Mahu kehidupan seksual yang lebih memuaskan

Seorang wanita yang lebih tua mungkin yakin memasuki hubungan intim dengan seorang lelaki yang lebih muda. Mereka tahu bagaimana untuk berhubungan intim lebih seronok dan pada dasarnya mereka membayangkan lelaki muda itu akan mempunyai semangat tinggi dalam urusan bilik tidur.

Lelaki muda lebih dewasa darinya

Dalam sesetengah kes, wanita tua sebenarnya menunjukkan tahap kematangan yang lebih rendah daripada pasangan mereka. Wanita seperti ini biasanya merasakan tidak serasi dengan lelaki yang lebih tua kerana mereka dilayan seperti kanak-kanak. Sementara lelaki muda akan membuat mereka rasa lebih layak, kerana mempunyai prestasi yang lebih matang tanpa sikap merendahkan diri.

Itulah di antara sebabnya mengapa wanita memilih lelaki muda sebagai suami.

The post Sebab Wanita Memilih Suami Yang Lebih Muda appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qIPRMh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.