(VIDEO) 'Bagi Makan 5 Kali Ganda Untuk Bulu Cantik.'Musang Diberi Makan Berlebihan Hingga Obes Dan Dikurung Dalam Sangkar Sempit, Demi Industri Bulu Binatang Yang Mewah..
Tular baru-baru ini satu rakaman video mengejutkan dimana sekumpulan musang yang dikurung di dalam sangkar mengalami obesiti di sebuah ladang akibat diberi makan secara berlebihan oleh penternak demi mendapatkan bulunya yang lebat.
Rakaman video tersebut yang merupakan sebahagian daripada bukti penyisatan, menunjukkan haiwan-haiwan tersebut mempunyai berat badan di tahap berbahaya dengan bahagian badan yang berlipat akibat obesiti.
Aktivis memberitahu, musang-musang tersebut diberi makan lebih lima kali ganda dari sepatutnya untuk mendapatkan bulu yang cantik. Malah, pakar hidupan liar, Chris Packham menggambarkan pendedahan tersebut sebagai mengejutkan.
Isu ini mula mendapat perhatian setelah Oikeutta elaimille (Animal Justice), sebuah kumpulan kempen yang berpangkalan di Finland memuat naik rakaman tersebut bertujuan untuk menunjukkan realiti sebenar industri bulu binatang.
Melalui rakaman tersebut juga, dapat dilihat dengan jelas bahawa musang-musang tersebut berada dalam keadaan tertekan akibat dikurung di dalam sangkar yang sempit. Malah, ada juga musang yang diletakan di tempat yang lebih menyedihkan apabila dikurung dengan anak anjing yang mati.
Menurut Humane Society International UK (HSI), rakaman tersebut turut termasuk dengan satu lagi rakaman yang disiarkan pada Mac lalu yang diambil dari Ladang SAGA, sebuah ladang yang mendakwa bahawa kebajikan dan kesihatan haiwan di ladang mereka amat dititik beratkan.
''Saya pernah melihat musang di dalam persekitaran liar, berlari, menggali, meneroka, bersosial. Jadi ia amat menyedihkan haiwan secantik dan sebijak ini dikurung di dalam sangkar sempit hanya semata-mata untuk mendapatkan bulunya.
''Diasingkan daripada persekitaran semulua jadinya, musang-musang ini menunjukkan tanda-tanda berada dalam tekanan,'' kata Chris.
Menurut pakat psikologi, keadaan fizikal musang-musang tersebut amat merisaukan, dengan kebanyakkan musang-musang tersebut mempunyai lebihan berat badan yang melampau, berkali ganda lebih besar berbanding saiz mereka jika berada dalam persekitaran semula jadi, kaki yang tidak stabil, kulit yang berlipat dan jangkitan pada mata.
''Pendedahan ini membuktikan kebenaran dakwaan kami, pakar hidupan liar katakan selama ini, bahawa haiwan ini langsung tidak sesuai untuk diternak,'' katanya lagi.
Aktivis hidupan liar juga mendedahkan bahawa, musang betina normal dan sihat mempunyai berat badan sekita 3.5 kilogram, sedangkan berat musang yang dideahkan tersebut melebihi 19 kilogram.
''Pendedahan ini menunjukkan musang ini bukan sahaja mengalami obesiti, malah mengalami tekanan melampau, abaikan sahaja hujah-hujah pengusaha ladang yang berkata mereka mempunyai etika dalam industri ternakan ini.
''Malah musang-musang yang dibela di ladang dengan tanda 'Disahkan' pun diabaikan kebajikkannya, jadi propaganda yang disebarkan oleh industri ini tidak mungkin dapat menutupi kebenaran ini,'' kata aktivis.
VIDEO:
Sumber : Dailymail
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K3sZzl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment