Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubuntu 18.04 LTS Sedia Untuk Dimuat-Turun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubuntu 18.04 LTS Sedia Untuk Dimuat-Turun

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi popular berasaskan Linux. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru sistem operasi berkenaan, iaitu Ubuntu 18.04 untuk desktop dan juga pelayan.

Ubuntu 18.04

Menariknya, versi yang ditawarkan adalah Ubuntu 18.04 LTS, iaitu hadir dengan sokongan jangka-masa panjang selama 5 tahun – sehingga 2023 kelak. Ini sekaligus memudahkan anda menggunakan sistem operasi ini untuk tempoh masa yang lama dengan pelbagai sokongan kemaskini sekuriti dan sebagainya tanpa perlu risau untuk menaik-taraf setiap 6 bulan.

Dengan Ubuntu 18.04 LTS juga, pihak pembangunnya kini tidak lagi menawarkan versi pemasangan 32-bit untuk pengguna desktop, selain turut menggunakan GNOME sebagai ganti untuk persekitaran desktop Unity.

Sejumlah perisian yang hadir padanya dikemaskini kepada versi terkini, termasuk penggunaan LibreOffice 6.0, dan kemudahan membuat cetakkan tanpa memerlukan pemasangan perisian khusus.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi terkini Ubuntu ini, sekaligus mencuba sistem operasi alternatif ini.

Muat-Turun Ubuntu 18.04 LTS



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r87tRW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.