Jutawan Tuduh Model Beri `Rangsangan’ Pada Anjingnya
SEORANG jutawan yang digelar `Raja’ Instagram dilaporkan telah memfailkan saman ke atas seorang model bikini kerana melakukan ganguan seksual terhadap anjingnya ketika sesi penggambaran.
Tony Toutouni mendakwa Deyana Mounira sengaja `bermain-main’ dengan anjing yang dikenali sebagai Hef sebelum melakukan aksi seks ke atas anjing terbabit.
Jutawan yang berasal dari Los Angeles itu turut mengecam Deyana kerana memuat naik video bersama Hef di media sosial.
“Deyana mula meransang Hef dengan menyentuh alat sulit binatang itu,” kata Tony, yang mempunyai 1.5 juta pengikut dalam akaun instagramnya.
Tony juga mendakwa Deyana sengaja menggunakan video dan gambar anjing itu bersamanya, bagi mencuri pengikut instagram Tony.
Deyana bagaimanapun menafikannya dan mendakwa Tony yang cuba melakukan gangguan seksual ke atasnya dengan menggalakkan anjing itu `bermesra’ dengannya.
Model itu juga mendakwa Tony melakukan gangguan seksual menerusi percakapan dan cuba merabanya ketika dia mahu masuk ke dalam bilik.
Malah katanya tiada jurugambar ketika itu sebaliknya Tony yang merakamkan gambar dan video terbabit.
Deyana memberitahu dia memuatnaik video berkenaan kerana tidak mahu Tony memuatnaik video terbabit terlebih dahulu dan menjadikan video tersebut sebagai haknya.
“Saya mahu mereka yang berada dalam industri hiburan dan orang awam di luar sana supaya berhati-hati dengan Tony kerana dia akan mempergunakan anda dalam semua bentuk,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kqr348
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment