Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZTE Memfailkan Paten Untuk Sebuah Lagi Peranti Dengan Skrin Dwi-Takuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZTE Memfailkan Paten Untuk Sebuah Lagi Peranti Dengan Skrin Dwi-Takuk

ZTE mungkin berhadapan masalah tidak mempunyai sistem operasi dan dihalang menggunakan pemproses keluaran Qualcomm. Tetapi perniagaan harus diteruskan walaupun menghadapi saat getir. Sebelum ini ZTE memperlihatkan peranti konsep dengan skrin dwi-takuk pada bahagian atas dan bawah. Mereka telah mempatenkan satu lagi rekaan peranti dengan dwi-takuk yang sedikit berbeza.

Menerusi paten yang dapat anda lihat di atas, takuk pada bahagian atas skrin adalah lebih kecil berbanding pada bahagian bawah. Ini lebih menyerupai rekaan takuk pada peranti Essential dan Sharp. Takuk pada bahagian bawah mungkin sebuah pengimbas cap hari kecil bagi mereka yang mungkin tidak menggemari kedudukan pengimbas di bahagian bawah.

Tahun 2018 ialah “Tahun Takuk” dengan OnePlus, Vivo, Oppo, Asus, Huawei. LG dan Nokia kesemuanya menghasilkan peranti skrin bertakuk mengikut langkah iPhone X. Sama ada suka ataupun tidak, ini ialah trend semasa yang hangat walaupun di kalangan pembaca Amanz ia bukan rekaan yang digemari.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jfPZPn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.