Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Laporan Data Anda Pada Perkhidmatan Berkenaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Laporan Data Anda Pada Perkhidmatan Berkenaan

Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan memuat-turun data yang dikumpulkan daripada perkhidmatan sosial berkenaan, dan juga daripada aplikasi perkongsian gambar Instagram. Kini, selain kedua-duanya, Facebook turut membawakan ciri sama untuk perkhidmatan permesejan WhatsApp.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, anda kini boleh mengemaskini aplikasi anda, dan melihat pilihan baru yang dinamakan Request Account Info.

Melalui ciri ini, pengguna akan boleh mendapatkan laporan berkaitan data yang dikumpulkan oleh WhatsApp berkaitan mereka – termasuk informasi akaun, tetapan, gambar profil, dan sebagainya. Maklumat berkaitan permesejan yang dihantar tidak ditawarkan, dan pengguna perlu mendapatkannya melalui ciri Chat History yang sedia ditawarkan oleh WhatsApp.

WhatsApp Laporan Data

Untuk memohon info akaun anda, anda hanya perlu ke Settings > Account, dan pada pilihan Request Account Info, klik pada butang Request Report.

WhatsApp mengatakan ia mungkin mengambil masa sehingga 3 hari untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ciri baru ini mula diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda dapat melihatnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HVakY1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.