Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Alhamdulillah, Nur Aisyah Selamat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Sebuah Pencawang Elektrik.”Bayi Berusia 17 Bulan Diculik Oleh Lelaki Yang Tidak Dikenali Ketika Sahur.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Alhamdulillah, Nur Aisyah Selamat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Sebuah Pencawang Elektrik.”Bayi Berusia 17 Bulan Diculik Oleh Lelaki Yang Tidak Dikenali Ketika Sahur..



MUAR: Selepas hampir 15 jam dilaporkan dilarikan oleh individu tidak dikenali yang bertindak memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, akhirnya bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan berjaya diselamatkan oleh pasukan polis.

Image may contain: 2 people, text
Posting di facebook ibu mangsa sebelum penemuan..

Berita itu disahkan oleh wakil keluarga, Fah Nur-Aini Syed Mustapha, 36, ketika ditemui pemberita di unit kecemasan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang turut dihadiri oleh saudara mara dan kenalan keluarga mangsa.


Fah Nur-Aini mewakili keluarganya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut sama mendoakan keselamatan Nur Aisyah sejak dari awal hingga dia diselamatkan.
Image may contain: 1 person, outdoor
tahniah tuan hassan dan team D9/K9.

Image may contain: plant, outdoor and nature
Lokasi Aisyah ditemui
Image may contain: plant and outdoor

Selain itu, pihak keluarga juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana berusaha keras dan bertungkus lumus mengesan kedudukan serta seterusnya menyelamatkan Nur Aisyah.

Ahli keluarga menyambut Siti Noorfadilah Yusofe dan anaknya, Nur Aisyah Hasmizan selepas berjaya diselamatkan oleh pihak polis apabila dilarikan individu yang memecah masuk ke kediaman keluarga mangsa di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. - Foto Adi Safri

Sementara itu, suasana di Unit Kecemasan HPSF bertukar menjadi tenang apabila sanak saudara dan kenalan keluarga mangsa menarik nafas lega serta bersyukur dengan berita positif terbabit.

Image may contain: 1 person, closeup and outdoor

NSTP difahamkan, keadaan Nur Aisyah dilaporkan stabil tetapi terpaksa memerlukan pemeriksaan daripada doktor berikutan terdapat kesan gigitan serangga.


Nur Aisyah dipercayai ditemui pada kira-kira jam 4 petang oleh sepasukan polis di sebuah kawasan semak berhampiran pencawang elektrik di kawasan tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.

Ibu mangsa, Siti Noorfadilah Yusofe,30, kini bersama Nur Aisyah di dalam wad di HPSF untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, manakala bapanya, Hazmizan Othman,35 kini berada di balai polis bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan kes.


Difahamkan, pihak polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan akan memberikan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi, Nur Aisyah dilaporkan hilang dan dipercayai dibawa lari oleh individu tidak dikenali yang juga bertindak memecah masuk ke rumah keluarganya.



Mangsa ditemui oleh anggota polis yang melakukan pencarian menggunakan unit anjing pengesan di dalam semak di lokasi yang tidak dinyatakan.

Polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing iaitu suspek yang bertanggungjawab melarikan mangsa.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JIeZNX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.