Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor
Adun Sungai Tua itu dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, petang ini.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baru, Amirudin Shari memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.
Beliau tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, kira-kira 7.50 pagi sebelum mengetik kad perakam waktu pertamanya sebagai menteri besar.
Ketibaan Amirudin yang juga adun Sungai Tua, disambut beberapa exco kerajaan dan ketua jabatan negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
Amirudin kemudiannya beramah mesra dengan beberapa exco itu di pejabatnya dan dijadualkan mendengar beberapa taklimat daripada pegawai kanan kerajaan negeri.
Pada sebelah petang, Amirudin dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Amirudin, 38, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi dalam kerajaan persekutuan.
Sebelum ini, Amirudin ialah pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. -FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MFuxkj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment