Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Sedang Mengkaji Teknik Penyuntingan Swafoto Dengan Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Sedang Mengkaji Teknik Penyuntingan Swafoto Dengan Kecerdasan Buatan

Kecerdasan buatan adalah satu sistem pintar di mana kebolehannya tiada had. Sudah banyak aplikasi, sistem atau juga perkhidmatan yang mengintegrasikan kecerdasan buatan untuk menjadikan fungsi-fungsi lebih pintar dan menarik. Akan datang, gambar-gambar swafoto dengan mata yang berkelip di Facebook akan terbuka dengan suntingan kecerdasan buatan oleh Facebook.

Sistem suntingan baru Facebook ini akan mempelajari gambar-gambar swafoto dengan mata yang terbuka terlebih dahulu. Daripada data yang diperoleh ia akan menyunting gambar dengan mata yang berkelip daripada warna mata sehingga bentuk mata. Proses ini dinamakan sebagai “In-Painting“. Akan tetapi proses ini akan menjadi lebih sukar jika gambar swafoto itu mempunyai kaca mata atau pun sudut objek berada di sudut yang sukar.

Sistem penyuntingan yang Facebook sedang kaji ini menggunakan teknik pembelajaran mesin “Generative Adversarial Network” (GAN). Iaitu satu sistem seakan CGI dengan kecerdasan buatan. Walau bagaimanapun, tidak pasti jika Facebook akan memperkenalkan sistem penyuntingan ini untuk pengguna.

Ini mungkin kerana teknik penyuntingan menggunakan kecerdasan buatan masih baru dan belum stabil. Ini adalah salah satu langkah awal dalam teknik penyuntingan gambar yang pintar. Mungkin suatu hari nanti kita akan lihat teknik ini boleh digunapakai untuk lebih banyak platform.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K4x4pH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.