Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Find X Kini Rasmi – Hadir Dengan Kamera Boleh Disembunyikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Find X Kini Rasmi – Hadir Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Dengan era peranti bertakuk masa kini, Oppo nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai dengan menggunakan beberapa kelebihan mereka, dan hadir dengan rekaan yang unik serta berbeza untuk peranti mercu terbaru mereka, iaitu Oppo Find X. Dilancarkan secara rasmi pada sebuah acara yang diadakan di Paris hari ini, Oppo Find X menyertakan sejumlah ciri-ciri unik, dan hadir dengan spesifikasi terkini.

Oppo Find X hadir dengan skrin 6.4-inci dengan paparan 1080p, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan mencapai 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

Oppo Find X

Menariknya pada peranti ini adalah ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan. Malah, Oppo menggunakan rekaan sedikit melengkung pada bahagian tepi, selain rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah. Dengan langkah ini, Oppo mencapai kadar nisbah skrin ke badan peranti sehingga 93.8% – iaitu yang tertinggi di pasaran pada hari ini.

Dengan rekaan penuh begini, semestinya ramai tertanya mengenai kedudukan kamera – yang biasanya dijayakan melalui penggunaan takuk.

Untuk tujuan berkenaan, Oppo menggunakan sebuah bahagian yang boleh disembunyikan secara mekanikal. Bahagian ini boleh digerakkan atas dan bawah apabila pengguna mengaktifkan kamera, atau ingin nyah-kunci peranti.

Oppo Find X

Pada bahagian ini, ia hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 20MP dan 16MP, sementara kamera hadapan 25-megapixel yang dilengkapi sensor 3D untuk ciri Omoji dan juga nyah-kunci berasaskan wajah.

Tiada sokongan bicu audio atau pengimbas cap jari disertakan pada telefon pintar ini.

Oppo Find X

Oppo Find X turut hadir dengan antaramuka Color OS berasaskan Android 8.1, yang mana turut menyertakan beberapa integrasi kecerdasan buatan untuk memudahkan sejumlah tugasan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran peranti ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Pihak Oppo Malaysia mengesahkan yang mana ia akan hadir ke pasaran Malaysia, namun tidak memberikan masa pelancarna dan harga jualannya lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MFkbRf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.