Hanya 6% Pemilik Speaker Pintar Menggunakannya Untuk Mengawal Peranti Berhubung
Speaker pintar kerap diiklankan sebagai hub kawalan peranti berhubung di rumah. Ia mampu mengawal lampu, mesin basuh, pendingin hawa dan banyak lagi. Tetapi sejauh manakah penggunanya sebagai alat kawalan peranti berhubung di dunia sebenar?
Mengikut laporan IHS Markit, hanya 6% pemilik speaker pintar menggunakan fungsi ini. Majoriti pemilik menggunakannya untuk bertanya soalan, meminta ramalan kaji cuaca dan memainkan muzik. Bahkan penggunaannya untuk membeli produk secara atas talian juga di bawah 30%. Laporan IHS Markit ini hanya mengambil maklum balas dari pengguna di Amerika Syarikat, UK, Jepun, Jerman dan Brazil.
Kami mempunyai beberapa speaker pintar di pejabat Amanz dan harus mengakui ia digunakan untuk memainkan muzik dan melakukan pertukaran wang asing. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah ada yang menggunakan speaker pintar untuk mengawal peranti berhubung di rumah?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yqAKNZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment