Hi! Welcome Back and Stay Tune! Denda RM25 Untuk Tarian Tidak Senonoh Depan Masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Denda RM25 Untuk Tarian Tidak Senonoh Depan Masjid

KOTA KINABALU: Majistret Cindy Mc Juce Balitus, telah menjatuhkan hukuman denda RM 25 setiap seorang kepada dua orang pelancong dari China yang terlibat di dalam kontroversi tarian dan berkelakuan sumbang di atas tembok sebuah masjid di sini. Demikian menurut laporan sebuah akhbar online.

Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, dari Republik China mengaku bersalah terhadap perbuatan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai. Kedua-duanya di denda RM 25 setiap seorang atau berhadapan dengan hukuman penjara 7 hari jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Pegawai Pendakwa, Albert Basiri memohon supaya kedua mereka dikenakan tindakan yang lebih sesuai supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi kelakuan yang sama.

Kedua-dua mereka tidak diwakili oleh mana-mana pihak dan menggesa agar hukuman diringankan oleh sebab mereka tidak tahu tindakan mereka itu merupakan satu bentuk kesalahan.

Wan Han dan Zhang Na dilaporkan menjelaskan denda RM 25 tersebut dan kemudian diiring ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke China.

Tindakan kedua mereka berkelakuan sumbang di atas tembok sebuah masjid di kota ini sebelum ini, menjadi tular dan mendapat kecaman pelbagai pihak kerana menghina tempat ibadah dan lambang kesucian Islam.

Pelbagai pihak tampil menggesa supaya tindakan tegas dan wajar diambil supaya perkara seumpama ini tidak berulang.

Sumber :
– menara



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mv7YOm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.