Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Geely ‘cemas’ dengan ura-ura idea syarikat kereta nasional baru oleh Tun?  - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Geely ‘cemas’ dengan ura-ura idea syarikat kereta nasional baru oleh Tun? 

Geely ‘cemas’ dengan ura-ura idea syarikat kereta nasional baru oleh Tun?
.
Bang, Geely ni bukan company cap ayam belakang rumah.

Geely adalah owner kepada Volvo selepas dia ‘take over’ Volvo yang bermasalah dan hampir muflis dari Ford dengan harga ‘firesales’ pada tahun 2010.

Dan hanya dalam masa kurang daripada 8 tahun, Geely telah berjaya’ boost’ jualan Volvo kepada hampir 600ribu kenderaan dengan jumlah jualan bernilai USD$26.3 Billion pada tahun 2017, tertinggi dalam sejarah 91 tahun syarikat Volvo itu sendiri.

Terbaru dah ada ura-ura yang Geely nak apungkan Volvo melalui IPO dengan harga nilaian yang berjumlah USD$30 Billion.

Masyuk.
.
Selain dari Volvo, Geely juga nampaknya memang tengah aim pasaran Eropah, selamba badak owner dia poei take over saham Daimler (Mercedes) thru open market, sampaikan mencetuskan kebimbangan dikalangan rakyat German itu sendiri.

Dan umum juga sedar yang Geely kini pelan-pelan jugak menyelusup masuk ke pasaran Russia melalui Belarus.
.
Jumlah jualan kereta Geely bagi tahun 2017 adalah berjumlah 1.24 Juta buah kenderaan, profit juga telah double 108% kepada hampir USD$2 Billion dan dijangkakan jumlah jualan Geely akan meningkat sehingga 2 juta buah kereta bagi tahun 2018/2019.

Melalui data terbaru, YTD setakat hari ini, monthly average jualan kenderaan oleh Geely kini mencecah hampir 125ribu buah kereta setiap bulan.

Satu angka yang besar kalau kita nak banding dengan jumlah jualan kereta di Malaysia (TIV) bagi 2017, yang secara keseluruhannya hanya berjumlah 590ribu buah kereta.

Bukan kecik-kecik anak.
.
Kesimpulannya, Geely ni bukan sebarang company kereta bang ‘they are already playing with the big boys’, dan kalau kau nak sembang yang Geely ‘cemas’ dengan idea syarikat kereta nasional yang baru haritu adalah agak tak masuk akal lagi janggal dan..

‘Seriously. Jaw dropping.’

Sekian.

#malaysiabaru

Rujukan:

How China’s 36th-Best Car Company Saved Volvo
https://www.bloomberg.com/…/volvo-is-better-than-ever-thank…

Geely seeks $30bn-plus valuation for Volvo Cars in IPO
https://www.ft.com/con…/d778ee7a-579b-11e8-b8b2-d6ceb45fa9d0

China’s Geely raid on Daimler reignites German know-how fears
https://www.reuters.com/…/chinas-geely-raid-on-daimler-reig…

China’s Geely targets Russian market with new Belarus plant
https://www.reuters.com/…/chinas-geely-targets-russian-mark…

Geely Auto Group Reports Record Sales in 2017; Sales Reaching 1.24 Million Units
http://global.geely.com/…/geely-auto-group-reports-record-…/

China’s Geely sees profit double in 2017 on higher SUV sales
https://www.ft.com/con…/b2341a52-2cc3-11e8-9b4b-bc4b9f08f381

2018 Malaysian auto sales (TIV) expected to rise to 590,000 units, opportunities and challenges await
https://paultan.org/…/2018-malaysian-auto-sales-tiv-expect…/

Credit : Khairul Azri



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MACaaX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.