Ibu Menangis Tertuduh Buat Lakonan Semula Pembunuhan Zulfarhan Osman
Ibu Menangis Tertuduh Buat Lakonan Semula Pembunuhan Zulfarhan Osman |“Tolong, panas!” Demikian jeritan saksi pada perbicaraan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Penuntut tahun ketiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Ahmad Senabil Mohamad, 22, membuat lakonan semula itu selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah untuk menggambarkan reaksi Zulfarhan Osman ketika ditekap seterika wap oleh rakan-rakannya.
Menceritakan kejadian berkenaan, saksi pendakwaan ke-24 itu berkata, Zulfarhan Osman ditekap dengan seterika wap bermula 4 pagi hingga subuh pada 22 Mei 2017.
Menurutnya, kejadian di bilik 4-10 itu bermula apabila Abdoul Hakeem Mohd Ali yang juga tertuduh keenam bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan Osman berkait kecurian komputer riba bagaimanapun di sebabkan mangsa bercakap putar-belit, Abdoul Hakeem terus menumbuknya di perut sebanyak dua kali.
“Lepas itu Abdoul Hakeem tanya soalan sama lagi. Zulfarhan jawab tapi dia jawab putar belit lagi. Abdoul Hakeem terus tumbuk diikuti Danial Firdaus. Zulfarhan tak lawan balik.
“Mereka sambung pukul Zulfarhan sambil tanya soalan. Tak lama kemudian ramai-ramai masuk dalam bilik tu,” kata Ahmad Senabil menjawab soalan pihak pendakwaan pada hari ke-12 perbicaraan kes pembunuhan Zulfarhan Osman.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Dalam keterangannya, Ahmad Senabil berkata, ketika Zulfarhan Osman dipukul beramai-ramai, dia melihat Abdoul Hakeem menggunakan penyangkut baju untuk memukul mangsa manakala Danial Firdaus memakai kasut getah dan menyepak mangsa selain kayu penyodok sampah juga digunakan untuk melakukan perbuatan itu.
“Saya tak dapat cegah mereka daripada memukul Zulfarhan kerana mereka ramai. Mungkin saya juga akan kena sekali.
“Pada 3.30 pagi, ada yang dah balik bilik masing-masing dan yang tinggal di bilik itu hanya saya, Mohd Syafiq, Abdoul Hakeem, Azamuddin, Afif Najmudin, Shobirin, Najib dan Akmal Zuhairi.
“Ketika itu Akmal Zuhairi memegang seterika wap dan bila mereka tanya soalan kepada Zulfarhan, Akmal Zuhairi yang mula menekap seterika ke kaki dan badan Zulfarhan,” katanya.
Ketika ditanya siapa lagi yang menekap seterika selain Akmal Zuhairi, Ahmad Senabil memberitahu ia turut dilakukan oleh
Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib.
“Zulfarhan ketika itu meniarap di atas lantai sambil kedua-dua tangan dan kaki diikat dengan tali pinggang taekwando dan dia menggelupur.
“Disebabkan Zulfarhan masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi membuka ikatan mangsa dan mencuci lantai bilik itu disebabkan peluh dan darah Zulfarhan,” katanya.
Terdahulu di awal prosiding, Ahmad Senabil memberitahu mahkamah dia membuat laporan polis kerana mendakwa bapa kepada Muhammad Najib yang juga seorang tertuduh dalam kes ini telah mengugutnya supaya mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar.
Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada 16 Ogos ini.
The post Ibu Menangis Tertuduh Buat Lakonan Semula Pembunuhan Zulfarhan Osman appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KsrHgW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment