'Guru cilik' rotan rakan sekelas
HEFEI - CHINA . Seorang kanak-kanak lelaki di sebuah tadika di China bertindak merotan rakan-rakan sekelasnya setelah diberikan kebenaran oleh guru kelas untuk menghukum pelajar yang bising.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak itu, yang juga merupakan ketua kelas terbabit, merotan sekurang-kurangnya 15 rakan sekelasnya menggunakan pemukul dram plastik.
Guru kelas berkenaan mendakwa berasa tidak sihat pada hari kejadian, lalu meminta kanak-kanak lelaki itu, menjaga kelas bagi pihaknya.
"Saya berasa tidak sihat, dan tidak boleh bercakap, saya juga tidak mampu mengawal keadaan kelas yang bising, jadi saya meminta bantuan ketua kelas, " kata guru tersebut kepada wartawan.
Ibu bapa yang mendapati kesan luka di badan anak mereka kemudian menemui pengetua Tadika Taman Lai'an bagi menuntut penjelasan.
"Kami melihat rakaman di mana kanak - kanak itu merotan hampir 15 orang rakannya sepanjang tempoh 40 minit kelas berjalan," kata seorang bapa pelajar tadika berkenaan.
Bagaimanapun, pengetua tadika tersebut percaya kanak-kanak itu hanya merotan rakan-rakannya setelah teguran yang diberi tidak diendahkan.
Siasatan kini sedang dijalankan oleh Biro Pendidikan Daerah Yaohai, dan guru kelas terbabit telah digantung tugas. - Dailymail
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MIh7UF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment