Pemandu Lori Tangki Minyak Ditemui Rentung
Seorang pemandu lori tangki minyak maut dipercayai rentung selepas kenderaan yang dipandunya disyaki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Tambunan - Kota Kinabalu di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang tersebut, mangsa lelaki yang belum dipastikan maklumat peribadinya disahkan meninggal dunia di lokasi selepas ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.
Ketua Operasi, Desmond Ak Micky @ Dominic berkata, seramai lapan anggota dan tiga buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan dekat sini segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.31 petang.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah lori tangki minyak yang membawa muatan diesel terbakar hampir 70 peratus. "Pasukan bomba bertugas segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan foam dan satu aliran dua pancutan sumber air dari tangki jentera," katanya hari ini.
Tambah beliau, semasa operasi pemadaman dilakukan pihaknya menemui mangsa tersepit dan rentung di bahagian pemandu kenderaan berat terbabit. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 petang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ip2x14
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment