Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wakil peniaga bazar Ramadan Masjid India nafi PPBM kutip wang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wakil peniaga bazar Ramadan Masjid India nafi PPBM kutip wang

FMT | June 20, 2018
Azman Rahman berkata tuduhan terhadap Noorhisham dan Fong adalah berniat jahat dan cemburu oleh pihak persatuan peniaga lain
Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang wakil peniaga bazar Ramadan di Masjid India menafikan pemimpin Pemuda PPBM Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abdul Karim mengutip sewa berlebihan daripada para peniaga.

Mohamad Azman Abd Rahman pada satu sidang media di Masjid India hari ini berkata tuduhan terhadap Noorhisham itu berniat jahat dan mungkin kerana perasaan cemburu pihak tertentu.

Ini kerana Noorhisham, dan seorang lagi ahli politik yang terseret ke dalam isu ini, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun sebenarnya membantu para peniaga di situ.
“Fong dan Noorhisyam telah memberi 80 tapak dan mereka menguruskan bayaran lesen daripada DBKL,” kata Azman.

“Buat pertama kali dalam sejarah selepas Pakatan Harapan (PH) menang diberikan tapak percuma untuk bantu peniaga yang susah untuk mendapatkan tapak meniaga sebelum ini.”

Beliau berkata para peniaga menghargai usaha mereka berdua dan berharap “pihak lain tidak cemburu dan menuduh perkara yang tidak dibuat”.

Noorhisyam didakwa menyalahgunakan hubungan politik untuk mendapatkan 80 lot bazar Ramadan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyewakan tapak-tapak itu sehingga RM5,000, menurut laporan media.
Media melaporkan surat DBKL kepada Noorhisyam menunjukkan 80 lot diluluskan selama 9 hari dengan bayaran hanya RM6,238.

Fong pula terseret ke dalam isu ini kerana beliau menulis surat kepada DBKL menyokong permohonan Noorhisyam untuk lot-lot berkenaan.
Fong mendakwa surat sokongannya sudah disalahgunakan, dan dia membuat satu laporan meminta polis menyiasat dakwaan “orang tengah” mengambil wang daripada para peniaga.

PPBM membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan salahgunakuasa, dan Noorhisyam juga membuat laporan polis meminta namanya dibersihkan.

Menurut Fong, Noorhisyam ada bertemunya dan menjelaskan dia tidak mengambil wang daripada para peniaga tetapi membolehkan mereka beroperasi secara percuma tanpa perlu membuat bayaran gerai sebanyak RM6,238.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I8dHqO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.