HIV 101
HIV adalah sejenis penyakit yang menyerang sistem pertahanan tubuh manusia melalui virus yang dipanggil Human Immunodeficieny Virus.
Sejarahnya virus ini ditemui dalan tubuh monyet dan apabila berlaku jangkitan silang kepada manusia (maaf saya masih kurang pasti bagaimana jangkitan ini boleh berlaku) ia telah berevolusi hanya boleh hidup di dalam tubuh manusia. Seperti yang dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, jangkitan HIV pertama kepada manusia di kesan pada tahun 1959 selepas mengalami beberapa mutasi dalam tempoh beberapa dekad sebelum di kesan.
Jangkitan HIV ini jika tidak dirawat dengan kadar segera akan menyebabkan terjadinya AIDS atau Acquired Immuno Deficieny Syndrome (AIDS).
Serangan virus ini amatlah berbeza dengan jangkitan lain di mana sekali virus ini telah memilih hosnya, ia akan kekal di dalam tubuh tersebut sehingga ke akhir hayat (berdasarkan kajian dan pembuktian sains terkini)
HIV bertindak menyerang sistem pertahanan tubuh melalui serangan pada sel T atau lebih dikenali sebagai CD4. CD4 ini secara analoginya adalah satu gerombolan tentera akan akan mempertahankan tubuh hos dari serangan penyakit yang datang dari luar tubuh hos. Jika lumpuh sistem ini maka hos adalah sangat terdedah kepada serangan pelbagai jenis penyakit oportunistik termasuk barah yang jarang dijumpai.
Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan, HIV akan memusnahkan sel CD4 dan ini akan membawa pada peringkat terakhir jangkitan yang dipanggil AIDS.
Secara ringkasnya bagi memudahkan pemahaman, pesakit HIV yang mendapat rawatan dan mengubah cara hidup tidak semestinya akan mendapat AIDS malah ada di antara pesakit yang mampu hidup lama sama seperti mereka yang tidak punya masalah ini.
Sayangnya jangkitan AIDS adalah berpunca dari HIV yang tidak dirawat. AIDS boleh berlaku selepas beberapa tahun tubuh pesakit mula diserang HIV.
HIV bukanlah sejenis penyakit yang mampu menjangkiti manusia lain dengan mudah. Begitu banyak mitos tentang HIV dan AIDS yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam menakutkan masyarakat dan membina stigma buruk terhadap penghidap.
HIV hanya mampu berjangkit dengan tiga (3) cara iaitu:
1) Interaksi darah antara non HIV dan penghidap HIV. Darah baru penghidap yang masih berada di dalam suhu tubuh manusia mempunyai konsentrasi virus yang sangat tinggi. Tetapi apabila virus ini terdedah kepada persekitaran bukan tubuh manusia, ia tidak mampu untuk hidup lama. Haiwan / serangga penghisap darah juga bukanlah agen dalam menyebarkan penyakit ini kerana perbezaan persekitaran tubuh antara manusia dan haiwan. Memang benar virus ini bermula dari haiwan primat tetapi proses evolusi dan mutasi yang berlaku menjadikan virus ini hanya mampu hidup secara eksklusif di dalam badan manusia.
2) Perpindahan cairan tubuh melalui hubungan seks.
Selain darah konsentrasi virus ini uga amat tinggi di dalam cairan tubuh yang dihasilkan melalui hubungan seks. Risiko mendapat jangkitan adalah agak tinggi melalui hubungan seks oral sekirang cairan tersebut masuk ke tubuh non HIV. Risiko jangkitan boleh teradi sekiranya ada luka dan interaksi darah sepanang hubungan seks oral dijalankan. Walaupun lebih rendah tetapi risikonya masih cukup tinggi.
3) Jangkitan silang dari ibu penghidap HIV+ kepada bayi.
Ibu-ibu yang diangkiti HIV adalah tidak dibenarkan memberikan susu ibu kepada bayi mereka kerana konsentrasi virus yang sangat tinggi di dalam susu ibu.
(Proses angkitan dari ibu kepada bayi akan diterangkan dalam artikel yang lain)
Itulah sedikit sebanyak pengenalan akan apa itu HIV dan AIDS yang perlu umum ketahui. Dalam artikel yang seterusnya akan diterangkan akan tahap-tahap dalam jangkitan HIV dan mekanisme jangkitan secara lebih mendalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zgbOsN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment