Timbalan Menteri Sedia Ubah Sajat, Safiey Ilias
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.
Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.
"Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil ... bukan dengan cara menghukum," katanya semasa ditemui Bernama pada Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan semalam.
Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.
Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.
- Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zeCCJS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment