Jangan Sibuk, Pandailah Abby Abadi Jaga Anaknya
Ekoran itu, Abby telah meminta orang ramai tidak perlu risau dengan penjagaan anak angkatnya, Muhammad Daiyan kerana dia tidak perlu berpantang disebabkan tidak melahirkan bayi itu.
Kata Abby, hanya ibu kandung bayi itu sahaja yang perlu melalui beberapa proses selepas kelahiran.
Abby memuatnaik satu caption khas buat mereka yag mempersoalkan penjagaan Abby Abadi setelah menerima anak angkat yang baru itu.
"Makcik (merujuk kepada netizen), mama pun dah tua. Anak-anak sendiri pun dah besar panjang dah. Mama pun risau kalau apa-apa jadi kat baby Daiyan. Mama jaga elok Insya-Allah.
"Kalau bersalin, baby tak ada pantang sangat, ibunya saja yang kena lebih jaga. Macam mama baby ni istimewa kes. Ada bayi, tapi tak payah pantang.
"Baby sihat sempurna. Bawa baby keluar ke mana-mana, mama minta Allah jaga. Jangan risau sangat ya. Mama jaga sebaiknya anak-anak mama,"
Ini setelah ada netizen yang mempersoalkan tentang tindakan dia membawa bayi yang baru dilahirkan bersiar-siar ketika bercuti di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.
Katanya dia mengambil bebrapa keping gambar bayinya di tepi pantai berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.
Selebriti berumur 41 tahun ini meminta netizen tidak perlu memberi mitos yang tidak benar sehingga menyebabkan dia berasa tertekan.
"Setakat ini Daiyan terjaga baik. Semalam kami pergi pantai sekejap saja 10/15 minit macam tu. Abah tengah buat kerja, pantai tu depan chalet tu saja.
"Ambil gambar lepas itu masuk semula chalet. Itu saja. Paling dahsyat pun mama ambil gambar Daiyan baring atas pasir. Tak jadi apa pun.
"Jangan bermitos-mitos sangatlah. Ini tak boleh itu tak boleh. Makcik buat orang tertekanlah. Mak cik jangan main IG la,"
Untuk pengetahuan, bayi yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh diambil ketika berusia sembilan hari.
Diimbas kembali, Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, Marissa Dania Hakim, 14 tahun, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun tahun.
Kedua dua mereka sah bercerai pada tahun 2008.
Kemudiannya bekas ahli kumpulan Elite ini bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Akhirnya, Abby Abadi kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan menjalani perkahwinan yang bahagia sehingga kini.
Hubungan Abby dan bekas suami Norman Hakim juga amat baik dan sering mencuri perhatian ramai.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2m1HZ60
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment