Maksud Petanda Mimpi Arwah Mak Ayah Datang Bertemu Dengan Diri Kita...
Perkongsian dari Ustaz Khailil Razak tentang petanda jika dapat mimpi didatangi ibu bapa yang telah meninggal dunia. Berikut merupakan antara kisah yang dikongsikannya buat teladan kepada semua.
INI sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu..
Mak mertua saya pernah tanya saya “halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?” Saya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama..seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin..kenapa mama?”
Mak mertua saya kata..”maknanya halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada halil..”
Owh saya baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita.. Rupanya bukan.. YaAllah..
Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu.. Yelaa masa mak saya sakit kat hospital sultanah aminah johor bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun..
Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manje sangat ngann arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak quran.. Tak baca quran.. Saya lalai sangat masa tu..
Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. YaAllah.. Sebenarnya mak kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh..
Saya pernah dapat nasihat daripada prof dr razali nawawi presiden abim yg pertama.. Dia kata “kholil.. Niatkan puasa kita solat kota sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat..”
YaAllah.. Rindunya arwah mak.. Rindu sangat2.. Adik buat dakwah.. Adik ceramah pada pelajar2 untuk jadi baik.. Adik baca quran.. Adik buat sedekah infaq semua adik nak niatkan utk mak dan ayah..
Mak.. Maafkan adik.. Tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik.. Mak.. Maafkan adik.. Mungkin adik pernah buat mak kecil ati dan nangis sebab adik.. Mak suka dengar adik baca quran masa adik kecik.. Nanti dalam syurga adik bacakan quran untuk mak depan mak ya… Huhuk rindu mak sangat…
YaAllah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amin.
Share agar kita timbul rasa rindu kat mak ayah kita.. Dan ajak kawan2 kita untuk sayang mak ayah yg masih ada.. InsyaAllah.
5 Amalan Jariah Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:
“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab;
“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”
Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
Hadis Riwayat Luqman Hakim
Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha seperti;
#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).
#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran kereta dan lain-lain pinjaman.
Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.
#3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.
Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.
#4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka bererti kita menghormati kedua orang tua kita.
#5- Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.
Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
Sumber 1: kifarahmedia.com
Sumber 2: tazkirah.net

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yYt2Lj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment