Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nikah budak 11 tahun: ‘Saya ikat sahaja, belum tinggal bersama’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nikah budak 11 tahun: ‘Saya ikat sahaja, belum tinggal bersama’

GUA MUSANG: Keputusan peraih getah sekerap berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.

Menurut lelaki yang berusia 41 tahun itu, dia mengakui perkahwinan berkenaan yang berlangsung pada 4 Syawal lalu namun hanya melibatkan nikah gantung sahaja.

Katanya, dia juga sudah merujuk kepada orang yang lebih arif di negara jiran itu sebelum melaksanakan pernikahan.

“Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji, akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.

“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami,” katanya.

Lelaki berkenaan memiliki enam anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama dan kedua.

Semalam, kisah dia menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun apabila isteri keduanya, memuat naik perkongsian di laman sosial Facebook serta foto perkahwinan suaminya.

Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari hasil perkahwinan bersama isteri pertama.

Bagaimanapun, setelah kisah ini ditularkan, isteri keduanya memadam kesemua perkongsian berkenaan.

 

Sumber :
– www.astroawani.com



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tU9RMD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.