Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Dikatakan Akan Mencipta Sebuah Jenama Baru Untuk Peranti Dan Aksesori Gaming Dinamakan Gadget Technology - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Dikatakan Akan Mencipta Sebuah Jenama Baru Untuk Peranti Dan Aksesori Gaming Dinamakan Gadget Technology

Acer ialah sebuah syarikat pembina peralatan elektronik yang juga terkenal untuk siri komputer, laptop dan juga perkakasan gaming. Siri komputer, laptop dan perkakasan gaming mereka, Predator cukup terkenal sekali di kalangan gamer kerana kualiti dan prestasi peranti mereka yang berkuasa.

Syarikat tersebut juga dilihat hadir dengan aksesori-aksesori gaming mereka dibawah jenama Predator ini, termasuklah tetikus, papan kekunci gaming, fon kepala, kerusi, beg galas dan sebagainya.

Melalui laporan Digitimes, Acer baru-baru ini dikatakan bakal mencipta sebuah jenama baru yang dinamakan Gadget Technology, ataupun GT. Jenama Gadget Technology ini dikatakan akan menyatukan semua peranti aksesori gaming Acer dibawah satu jenama, berkemungkinan sekali secara berasingan daripada siri Predator.

Digitimes juga turut menyatakan bahawa Acer dijangka akan mengumumkan jenama Gadget Technology ini secara terbuka pada 14 September kelak. Selain daripada aksesori gaming, jenama tersebut dikatakan turut hadir dengan produk-produk seperti rantai tangan pintar dan pemantau kualiti udara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nqpngx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.