Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS VivoBook S15 Dilancarkan Di Pasaran Malaysia – Laptop Produktiviti Nipis Dan Ringan Bermula Pada Harga RM2999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS VivoBook S15 Dilancarkan Di Pasaran Malaysia – Laptop Produktiviti Nipis Dan Ringan Bermula Pada Harga RM2999

Jika anda sedang mencari sebuah laptop yang bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi berkuasa dan hadir dengan rekaan warna yang menarik, ASUS Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa laptop VivoBook terbaru mereka, ASUS VivoBook S15 sudahpun memasuki pasaran Malaysia.

Laptop ASUS VivoBook S15 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD (1920×1080). Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-8250 ataupun Intel Core i7-8550, memori DDR4 sebanyak 4GB, pilihan storan SSD 128GB dan 256GB bersama-sama dengan cakera keras sebesar 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce MX150.

Dari segi rekaan, laptop Acer VivoBook S15 ini dilihat menggunakan beberapa teknologi yang hadir pada laptop-laptop premium mereka, seperti rekaan paparan Nano Edge dimana tiga bahagian bezel paparan laptop ini diberi rekaan yang sangat nipis untuk memaksimakan penggunaan panel tersebut.

Laptop ini juga menggunakan engsel ErgoLift yang mengangkat bahagian papan kekunci laptop ini untuk mensimulasikan pengalaman menaip menggunakan papan kekunci yang terangkat sedikit.

Bukan itu sahaja, laptop ini juga hadir dengan beberapa rekaan warna yang membolehkan pengguna menyerlahkan keperibadian mereka melalui warna-warna laptop ini. Pilihan warna yang hadir termasuklah Gun Metal, Firmament Green, Grey Red dan Gold,

ASUS Malaysia turut menyatakan bahawa laptop ASUS VivoBook S15 ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli di kedai-kedai pengedar di seluruh Malaysia.

Harga untuk model-model ASUS VivoBook S15 ini adalah seperti berikut:

Model Colour Spec Price
S530U-NBQ326T GUN METAL i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ327T FIRMAMENT GREEN i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ328T GREY RED i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ329T GOLD i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ048T GOLD i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ049T GUN METAL i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ050T FIRMAMENT GREEN i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ173T GREY RED i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ181T GUN i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD RM3,899
S530U-NBQ237T GOLD i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD RM3,899


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2B08aEu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.