Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bung Moktar akui ada ilmu bela diri, saran Willie lawan Pacquiao - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bung Moktar akui ada ilmu bela diri, saran Willie lawan Pacquiao

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin supaya mencari orang yang selayaknya untuk diajak “berlawan” dan bukan dengan dirinya.

Katanya, sebagai ahli politik tugasnya adalah membangunkan masyarakat dan negara dan bukannya berlawan.

“Saya wakil rakyat, jiwa saya membangun rakyat dan bukan untuk berlawan di gelanggang.

“Tetapi saya cadangkan dia (Willie) jumpa dengan (Manny) Pacquiao, dapat juga dia duitkan daripada bertinju kosong,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Bung merujuk kepada juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) yang memegang rekod tumbangan teknikal (TKO) sebanyak 39 kali.

Kali terakhir pada 9 Julai lalu, peninju dari Filipina itu menewaskan Lucas Matthysse secaraTKO dalam pusingan ketujuh dalam perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Willie dalam ciapnya di Twitter semalam menyahut cabaran Bung untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung Moktar semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, semalam menyoal sama ada pemimpin PKR Sarawak itu mahu bergaduh dengannya.

Mengulas lanjut pemimpin Umno itu berkata beliau sedia untuk menyediakan gelanggang untuk Willie jika beliau benar-benar mahu berlawan.

“Saya akan carikan dia peninju profesional seperti Pacquiao. Kalau tidak pun, kalau dia biasa bertinju di kampung dia baliklah kampung bertinju di sana,” katanya.

Bung Moktar juga menegaskan beliau mempunyai ilmu bela diri, sekali gus mampu mempertahankan diri jika keadaan mendesak.

“Insya-Allah, kalau untuk pertahankan diri saya ada (ilmu bela diri),” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vA8K6C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.