Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengambil-Alih Akonia Holographics – Firma Memfokuskan Pembangunan Lensa Untuk Kaca Mata Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengambil-Alih Akonia Holographics – Firma Memfokuskan Pembangunan Lensa Untuk Kaca Mata Pintar

Apple Hari ini mengesahkan yang mana mereka telah mengambil-alih firma yang memfokuskan kepada pembangunan lensa berkaitan AR, dinamakan Akonia Holographics.

Pengambil-alihan ini sekaligus mengesahkan pelbagai desas-desus sebelum ini yang mengatakan Apple sedang melihat kepada arena kaca mata pintar. Apple sendiri sebelum ini telah hadir dengan penawaran teknologi memfokuskan AR terus pada telefon pintar mereka.

Berbeza dengan lensa biasa, lensa untuk AR akan memerlukan sokongan untuk menyiarkan kandungan daripada sensor khusus, dan memantulkannya dengan baik supaya dapat dilihat pada mata pengguna.

Dengan pengambil-alihan firma pembangunan lensa untuk AR ini, ia sekaligus membolehkan Apple mengukuhkan kedudukan dalam arena kaca mata pintar pada masa akan datang. Menurut desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan akan hadir dengan kaca mata pintar dalam tempoh sekitar lima tahun akan datang.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh Apple. Menurut Apple, menjadi kebiasaan untuk mereka mengambil-alih syarikat dan firma kecil – sekaligus membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan dalam sesuatu arena, dan menambah kepakaran dan portfolio mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2opqrlb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.