Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mophie Hadir Dengan Nimble – Aksesori Kuasa Dengan Bahan Binaan Mesra Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mophie Hadir Dengan Nimble – Aksesori Kuasa Dengan Bahan Binaan Mesra Alam

Mophie adalah syarikat yang terkenal dengan aksesori kuasa. Sebelum ini kami ada laporkan beberapa produk Mophie seperti Mophie Juice Pack Air untuk iPhone 7 dan juga Mophie Juice Pack Battery Mod iaitu aksesori modular untuk peranti Motorola siri Z.

Kini, Mophie hadir dengan Nimble iaitu aksesori kuasa yang dibina dengan bahan mesra alam. Bahan yang digunakan pada siri Nimble ini boleh diperbaharui dan juga dikitar semula seperti bioplastik dan botol air yang dikitar semula. Jika dibeli aksesori-aksesori Nimble ini dibungkus dengan menggunakan kertas yang dikitar semula dan bebas daripada dakwat, cetakan atau juga pelekat.

Antara produk yang mereka lancarkan adalah empat pengecas nirwayar, iaitu Pad, Dual Pad, Stand dan Travel Kit. Ia dijual pada harga bermula $40 sehingga $60 iaitu sekitar RM165 sehingga RM268.

Mereka turut hadir dengan empat power bank yang menyokong USB-PD 18W dan QC3.0. Setiap power bank ini mempunyai jumlah port USB-A yang berbeza serta menawarkan kapasiti 10000mAh, 13000mAh, 20000mAh dan 26000mAh. Ia dijual pada harga $49.95 sehingga $99.95 iaitu sekitar RM206 ke RM412. Siri Nimble ini turut mempunyai pengecas dinding biasa dan kabel pengecas. Ia dijual dari harga $12.95 sehingga $19.95 (~RM53 – RM82) sahaja.

Buat masa ini, Mophie hanya menjual aksesori Nimble secara terus melalui laman web khas mereka dan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak ditawarkan kepada pengedar atau penjual lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NClLmY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.