Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Perlu Ke Mahkamah India Bagi Menghalang Usaha Mengharamkan iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Perlu Ke Mahkamah India Bagi Menghalang Usaha Mengharamkan iPhone

Pada penghujung bulan Julai kami laporkan kerajaan India mungkin akan memberikan arahan kepada syarikat telekomunikasi supaya menghalang sokongan selular kepada iPhone sekiranya Apple enggan membenarkan aplikasi DND 2.0 dimuat turun menerusi App Store. DND 2.0 ialah aplikasi anti-SPAM yang dibangunkan oleh Telecom Regulatory Authority of India (TRAI). Apple mengharamkan aplikasi ini kerana ia melog panggilan telefon dan mesej yang diterima pengguna sekaligus melanggar garis panduan privasi Apple Store.

Apple berkata menerusi iOS 12 kelak, terdapat sistem anti-SPAM terbina sekaligus membuatkan DND 2.0 tidak diperlukan pada iPhone. Oleh sebab itu Apple menghantar surat rayuan kepada TRAI untuk tidak meneruskan rancangan menghalang iPhone di India dari menerima sokongan selular menjelang Disember. Pengerusi TRAI dipetik berkata penghantaran surat ini tidak mencukupi dan Apple perlu ke mahkamah untuk menentang penguatkuasaan yang bakal dijalankan.,

India ialah negara yang penting bagi Apple kerana ia adalah pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas China. Sebarang pengharaman oleh pihak berkuasa akan menjejaskan jualan di negara tersebut. Apa yang bakal berlaku kelak akan menunjukkan sejauh mana Apple akan berpegang kepada falsafah privasi pelanggan mereka adalah lebih penting dari keuntungan. Adakah mereka akan mengalah apabila berhadapan dengan pengharaman kelak? Tidak seperti iOS, DND 2.0 boleh dimuat turun ke peranti Android sejak 2016.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vZDFbP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.