Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo Mengemaskini Harga Jualan Vivo V9 Lagi Sekali – Kini Berharga RM1099 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo Mengemaskini Harga Jualan Vivo V9 Lagi Sekali – Kini Berharga RM1099

Vivo Malaysia sebelum ini telah mengemaskini harga jualan Vivo V9 kepada RM1199 pada bulan Julai lepas. Kini, kurang sebulan, pihak Vivo dilihat sekali lagi mengemaskini harga jualan telefon pintar mereka. Vivo V9 kini boleh didapati pada harga RM1099 melalui para penjual seluruh negara.

Vivo V9 hadir dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan bertakuk di atas, dijana Snapdragon 626, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera hadapan 24-megapixel untuk swafoto, selain dwi-kamera belakang 16MP + 5MP. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3260mAh.

Dengan arena peranti mudah-alih yang semakin kompetitif dari hari ke hari, mungkin kini Vivo sedikit mengurangkan harga peranti mereka. Selain Vivo V9, baru-baru ini mereka turut telah melancarkan Vivo NEX yang menawarkan rekaan kamera hadapan boleh disembunyikan, serta spesifikasi tinggi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2w17N6H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.