Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Menguji Ciri Membolehkan Pengguna Percuma Melangkau Iklan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Menguji Ciri Membolehkan Pengguna Percuma Melangkau Iklan

Spotify mempunyai penawaran perkhidmatan percuma yang hadir dengan sokongan iklan – memerlukan pengguna mendengarnya, sekaligus menjadikannya ia sebagai ganti kepada bayaran perkhidmatan Spotify Premium. Menariknya, kini, penyedia perkhidmatan penstriman muzik popular berkenaan sedang menguji sebuah ciri yang membolehkan pengguna percuma ini turut melangkau iklan.

Buat masa ini, ia diuji di Australia, membolehkan pengguna Spotify percuma untuk melangkau iklan yang mereka tidak inginkan seberapa banyak kali pun. Spotify mengatakan langkah ini membolehkan mereka mempelajari iklan yang disukai dan tidak disukai pengguna – sekaligus menyasarkan iklan dengan lebih baik kepada pengguna.

Malah, langkah ini turut menguntungkan pengiklan – dimana mereka boleh menyasarkan pengguna yang benar-benar ingin mendengar iklan mereka sahaja. Pengiklan juga tidak perlu membayar kepada iklan yang dilangkau oleh pengguna.

Buat masa ini, ia sekadar ujian awal sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan pada peringkat global atau sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ntnQWX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.